Jentera UMNO Siap Sedia Jika PRN Benar-benar Berlaku


SG. SIPUT, 25 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera negeri Perak telah bersiap sedia sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Perak benar-benar berlaku.

Jelas beliau, soal calon pula akan diserahkan kepada kepimpinan Negeri sehingga ke cawangan bagi meletakkan calon yang difikirkan sesuai.

“Jika ditakdirkan ada pilihan raya negeri, kesefahaman dan adunan (dengan Pas) ini diterjemahkan dengan baik… tidak ada tiga penjuru insya-Allah kita boleh merampas kembali negeri Ini,” ujar beliau ketika berucap dalam program Jelajah Presiden UMNO bersama saf kepimpinan peringkat negeri Perak.

Perak adalah negeri ke-11 yang dikunjungi dalam program tersebut.

Dalam ucapannya juga, Ahmad Zahid melahirkan rasa syukur kerana kerjasama dengan Pas juga berjalan baik termasuklah di peringkat sayap parti. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.