Pendirian dan Jaminan Kerajaan Berkaitan ICERD Perlu Dibuat Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kenyataan bahawa Kerajaan mengubah pendirian dan menjamin tidak akan meretifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak boleh dibuat melalui surat atau press release, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Ia perlu dibuat oleh Perdana Menteri (PM) melalui satu kenyataan kepada Parlimen Malaysia dan direkodkan secara rasmi dalam hansard dan minit Parlimen,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu beliau dilapor berkata, UMNO akan berbincang dengan jawatankuasa dan sekretariat himpunan bantahan ICERD sama ada akan meneruskan atau tidak himpunan yang dijadualkan pada 8 Disember ini.

Ini kerana katanya, perjuangan isu rakyat akan tetap diteruskan dan ICERD hanya satu daripadanya selain daripada kedaulatan Raja-raja Melayu, kesucian agama, kedudukan bahawa Malaysia dan lain-lain perlu terus diperjuangkan.

Pejabat Perdana Menteri hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan menegaskan tidak akan meratifikasi ICERD sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.