Puteri UMNO Perkemas Gerak Kerja 2026, Tekankan Pengukuhan Organisasi

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan memperkemaskan hala tuju gerak kerja tahun 2026 secara lebih tersusun dan berfokus, selaras dengan keutamaan parti serta perkembangan semasa politik tanah air. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang berlangsung baru-baru ini dengan mengambil kira intipati perbincangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan sebelum ini. […]

» Read more

Selamat Menyambut Hari MARA ke-60 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ke-60. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menegaskan bahawa MARA dilahrikan sebagai manifestasi untuk mengubah nasib dan masa depan Bumiputera. “Tanggal 1 Mac 1966, lahirnya MARA sebagai manifestasi tekad negara untuk mengubah nasib dan masa depan Bumiputera. Enam […]

» Read more

Musyawarah Nasional Himpun Tokoh Masyarakat Teliti Isu Teras Negara

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Pengerusi Musyawarah Nasional, Tan Sri Abdul Ghani Othman berkata penubuhan organasasi ini sebagai langkah penting dalam menyediakan ruang muafakat strategik bagi menghimpunkan pelbagai tokoh masyarakat, ilmuwan, profesional, pemain industri dan wakil masyarakat sivil untuk meneliti isu-isu teras negara. Beliau berkata inisiatif itu berpaksikan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar […]

» Read more

Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa bulan Ramadan merupakan medan terbaik untuk umat Islam memperbaiki kelemahan diri dari segi ibadah, amal kebajikan dan penghayatan puasa, di samping memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan kaum, […]

» Read more

UMNO Sabah 35 Tahun, Jamal Nerubi Tekankan Kematangan… Teruskan Khidmat Untuk Rakyat

PAPAR, 26 Feb – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi, menegaskan bahawa ulang tahun ke-35 UMNO Sabah menjadi simbol kematangan dan keteguhan parti itu dalam menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan negeri Sabah sejak penubuhannya di negeri ini pada tahun 1991. Menurut beliau, tempoh 35 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat, sebaliknya ia mencerminkan perjalanan panjang yang sarat dengan […]

» Read more

KKR Fokus Pastikan Pan Borneo Disiapkan Mengikut Jadual, Spesifikasi

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Fokus utama Kementerian Kerja Raya (KKR) pada ketika ini adalah untuk memastikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A dan Fasa 1B dapat disiapkan mengikut jadual serta spesifikasi yang ditetapkan kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan. Memberi respons kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau, beliau berkata, Jalan Tamparuli […]

» Read more

UMNO Sabah 35 Tahun: Pemuda Seru Muhasabah, Pembaharuan Dan Perkukuh Kesatuan – Rushamizan

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Ulang tahun ke-35 UMNO Sabah merupakan detik penting untuk semua khususnya generasi muda dalam parti bagi menilai perjalanan panjang perjuangan yang penuh dengan cabaran, jatuh bangun serta perubahan landskap politik negeri, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Rushamizan Rustam. Beliau berkata sepanjang tiga dekad setengah, UMNO Sabah telah melalui fasa sukar termasuk episod kejatuhan yang […]

» Read more

Lima Bahagian Bersatu Melaka Bubar… Bukti Parti Itu Hilang Arah – Haryaty

MELAKA, 26 Feb – Pelantikan baharu Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka disifatkan bukan sebagai tanda kebangkitan, sebaliknya mencerminkan krisis dalaman yang semakin meruncing. Ketua Penerangan Wanita UMNO Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata, pembubaran lima daripada enam bahagian Bersatu di negeri itu bukan isu kecil, malah menggambarkan runtuhnya kepercayaan akar umbi terhadap kepimpinan parti berkenaan. Menurut […]

» Read more

Kerajaan Perketat Tindakan Berasaskan Data Banteras Ancaman Dadah – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 26 Feb — Kerajaan akan memperketat tindakan berasaskan data dalam usaha membanteras ancaman dadah yang disifatkan semakin serius dan kompleks, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, ancaman dadah kini menunjukkan corak pengedaran dan penyalahgunaan yang lebih tersusun serta merentas sempadan, sekali gus memerlukan pendekatan lebih menyeluruh dan bersepadu. Ujarnya, […]

» Read more

PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan bahawa ijazah kedoktoran (PhD) yang dimiliki tidak akan menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin yang hebat. Ujarnya, meletakkan Dr Ahmad Samsuri sebagai ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) hanya disebabkan beliau mempunyai PhD dalam bidang Aeroangkasa dilihat agak kurang matang. “Kalau nak ambik faktor bahawa Dr […]

» Read more
1 49 50 51 52 53 413