Kerajaan Tegas Perbaiki Kelemahan Tadbir Urus Berdasarkan Syor Audit – Azalina

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar menteri terlibat meneliti isu dibangkitkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, segala isu yang melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam […]

» Read more

Pendekatan Menyeluruh Pastikan Pertumbuhan Ekonomi Lebih Mampan – Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Kerajaan komited untuk memastikan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan berteraskan kesejahteraan rakyat. Timbalan Menteri Ekonomi, Mohd Shahar Abdullah berkata, pengukuran kejayaan negara berpendapatan tinggi memerlukan pendekatan lebih luas termasuk penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan pendapatan isi rumah serta keberkesanan dasar dalam […]

» Read more

UMNO Perlu Pertahan Prinsip Di Sebalik Pergolakan Dalam Bersatu

TINDAKAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat belasan pemimpin termasuk beberapa Ahli Parlimen membuka episod baharu dalam landskap politik tanah air. Langkah drastik itu bukan sahaja mencerminkan ketegangan dalaman malahan menimbulkan persoalan besar tentang hala tuju serta kelangsungan parti berkenaan. Dalam politik, pemecatan pimpinan kanan bukan perkara kecil. Ia pasti mengundang kesan rantaian apabila penyokong yang setia kepada individu tertentu […]

» Read more

Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar menyeru semua pihak untuk kembali bertaut kepada UMNO dengan keikhlasan dan kesetiaan perjuangan. Menerusi satu kenyataan, beliau berkata demikian susulan daripada pembubaran sebelas bahagian PPBM di Johor akibat kemelut berpanjangan. “Saya mengambil maklum perkembangan terkini yang menyaksikan pembubaran sebelas bahagian PPBM di Johor termasuk Bahagian Johor Bahru […]

» Read more

Onn Hafiz Seru Perkukuh Perpaduan Bangsa Johor Sempena Tahun Baharu Cina 2026

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghua di negeri ini sambil menyeru agar semangat perpaduan terus diperkukuhkan demi kemakmuran Johor. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, kepelbagaian budaya yang wujud di negeri Johor merupakan sebahagian daripada kekuatan yang membentuk Bangsa […]

» Read more

UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman menyifatkan landskap politik negara ketika ini berada dalam satu fasa yang cukup pelik dan sarat dengan kepincangan dalaman parti-parti tertentu. Menurutnya, sebuah parti yang dahulunya membawa slogan perpaduan kini semakin berpecah akibat perebutan jawatan dan krisis kepimpinan yang tidak berkesudahan. “Pemimpin khianat yang pernah meninggalkan parti […]

» Read more

Program JMKU Perkasakan Ekosistem Keusahawanan, Koperasi Tempatan – Mohamad

KIMANIS, 15 Feb – Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) yang menawarkan penjimatan harga barangan asas sehingga 30 peratus menjadi pemangkin kepada usahawan tempatan untuk memperluas pasaran, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin. Beliau berkata program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat serta memperkasakan […]

» Read more

Simpan SSPN Terima Deposit RM24 Bilion – Pengerusi PTPTN

DUNGUN, 14 Feb – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang dikendalikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menerima deposit berjumlah RM24 bilion dengan bilangan akaun sebanyak 7.314 juta setakat ini. Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata pencapaian itu hasil beberapa kempen tahun lepas termasuk Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) dari Sept hingga Nov yang berjaya meraih […]

» Read more

Strategi Media Sosial Penentu Keyakinan Pengundi Muda

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican menyifatkan platform media sosial perlu didekati lebih serius dan strategik sebagai medium utama untuk mendekati golongan muda. Beliau berkata, ini kerana realiti politik semasa menunjukkan generasi muda banyak membentuk persepsi serta kecenderungan politik mereka melalui kandungan yang dilihat di platform digital. “Anak muda ini kebanyakannya membulatkan sokongan […]

» Read more
1 50 51 52 53 54 413