Gagasan Rumah Bangsa: Iltizam, Kesungguhan UMNO Rapatkan Saf Perjuangan

KUALA LUMPUR, 18 April – Gagasan Rumah Bangsa menggambarkan iltizam dan kesungguhan UMNO untuk merapatkan saf perjuangan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi mengambil keputusan signifikan dengan menyokong penuh gagasan Rumah Bangsa. “Saya […]

» Read more

Labuan Juga Perlu Diberi Peluang Bangkit – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 18 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menjunjung kasih dan menyambut baik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berhubung cadangan mengembalikan semula keistimewaan Pulau Bebas Cukai di Langkawi. Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, titah tersebut mencerminkan keprihatinan institusi diraja terhadap kesejahteraan rakyat serta keperluan mendesak […]

» Read more

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran

MELAKA, 18 April – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelaksanaan Kampung Digital yang dirintis negeri berkenaan membuktikan keupayaan kerajaan negeri yang diterajui UMNO dalam membawa dasar jelas serta pelaksanaan berkesan demi kesejahteraan rakyat. Ujarnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, pelaksanaan Kampung Digital yang melibatkan lebih 82,000 rumah dan premis di seluruh negeri kini […]

» Read more

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 16 April – Ketika rakyat sedang bergelut dengan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi, parti-parti politik diingatkan supaya tidak terus terjebak dalam percaturan kuasa yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, menegaskan bahawa keadaan semasa menuntut semua pihak memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat, bukannya mencetuskan perebutan kerusi […]

» Read more

Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan

KUALA LUMPUR, 16 April – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berpandangan perubahan landskap politik menuntut UMNO menyesuaikan gerak kerja dengan demografi pengundi. Beliau yang juga Presiden Belia 4B Malaysia berkata ia termasuk dalam mendepani kelompok pengundi muda yang ketika ini semakin meningkat. “Pengundi pertama kali di kawasan saya meningkat 30 peratus, mereka ini ramai… […]

» Read more

80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein

KUALA LUMPUR, 16 April – UMNO perlu menjadikan usia 80 tahun sebagai titik tolak untuk bekerja dengan lebih keras dan bijak, bukan sekadar diraikan sebagai pencapaian sejarah semata-mata. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah, berkata perjalanan panjang parti itu seharusnya menjadi asas kekuatan untuk terus kekal relevan dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar. Menurut beliau, […]

» Read more

DNAA Ahmad Zahid Tidak Bercanggah Undang-Undang – Peguam

PUTRAJAYA, 15 April – Mahkamah Rayuan pada Rabu dimaklumkan bahawa keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada 2023 berkaitan kes rasuah dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang. Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly berhujah bahawa keputusan Pendakwa Raya (PP) untuk memberikan DNAA dibuat dalam lingkungan kuasa dan bidang kuasanya mengikut Perkara […]

» Read more

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat

PENDANG, 14 April – UMNO di peringkat akar umbi perlu terus diperkukuh sebagai wadah penyatuan masyarakat dan medan mencari penyelesaian kepada isu rakyat, termasuk kos sara hidup yang semakin mencabar. Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob menegaskan bahawa, ruang melalaui mesyuarat UMNO cawangan tidak seharusnya dilihat sebagai program rutin semata-mata, sebaliknya perlu diangkat sebagai platform yang lebih segar, terbuka […]

» Read more

UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa

KUALA LUMPUR, 14 April – Bersempena ulang tahun UMNO yang bakal menginjak 80 tahun pada Mei ini, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman menyifatkan parti keramat ini perlu melaksanakan pembaharuan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Beliau berkata, UMNO tidak boleh terus bergerak dengan pendekatan lama, sebaliknya perlu mempunyai “mimpi” atau visi baharu yang […]

» Read more

Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menegaskan bahawa keyakinan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terus utuh dalam kalangan penyokong, khususnya Kelab Sahabat Najib Razak 87. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, keberanian Najib Razak untuk terus berdepan proses perundangan di mahkamah menjadi bukti jelas bahawa […]

» Read more
1 41 42 43 44 45 413