Masa Depan UMNO Bergantung Kepada Perjuangan Politik Kebangsaan Berasaskan Islam – Tok Mat

KUALA LUMPUR 11 Mei – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata masa depan UMNO sangat bergantung pada bagaimana UMNO memperjuangkan politik kebangsaan berasaskan Islam. Sebabnya jelas beliau kerana Islam itulah yang mendorong orang Melayu menjadi bangsa yang rasional dan berkemajuan. “Jika UMNO ingin berkelangsungan, UMNO mesti mengangkat politik Melayu Islam sebagai agenda masa depannya. […]

» Read more

PEMBELA Terus Bela Nasib Peneroka Dan Pekebun Kecil – Shahar

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Jawatankuasa Pembela Kebajikan Peneroka dan Pekebun Kecil (PEMBELA) Pemuda UMNO hari ini mengadakan meja bulat bagi membincangkan kaedah-kaedah yang harus dilakukan dalam usaha mendapat pandangan, cadangan serta idea-idea yang berkesan untuk membela nasib peneroka dan pekebun kecil. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Shahar Abdullah berkata menerusi platform ini nasib kebajikan warga terbabit khususnya dapat […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO Ke-73: Teks Penuh Ucapan Mohamad Hasan

TERIMA KASIH atas kehadiran pada malam ini, saya sangat gembira melihat ahli kita berkumpul beramai-ramai seperti ini. 2. Sama ada berjawatan ataupun tidak, yang muda atau veteran, yang baharu atau lama, semuanya duduk berdampingan. Bertanya khabar, bermesra dan berdoa bersama-sama. 3. Sesungguhnya dengan perhimpunan yang sebegini, ia membuka satu daripada pintu rahmat Allah SWT kepada kita. Lebih-lebih pada bulan Ramadan […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO Ke-73 Berlangsung Meriah

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Lebih 2,000 ahli dan pendokong parti menyambut Ulang Tahun UMNO ke-73 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam suasana sederhana namun ianya penuh bermakna. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang kemudian diikuti ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden UMNO. Majlis […]

» Read more

Bina Semula Benteng Dan Perkukuh UMNO – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO kini sedang membina dua teras utama untuk terus bergerak maju membina semula benteng yang telah runtuh bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti. Menurut Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua teras tersebut adalah memperkasakan parti dan menyusun strategi. “11 Mei 2019 genap umur UMNO 73 tahun […]

» Read more

UMNO 73 Tahun: Ayuh! Bangkit Demi Ummah Dan Rakyat Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO mengambil peluang sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke-73 untuk terus muhasabah diri apatah lagi sambutan kali ini jatuh pada bulan Ramadan yang mulia. Jelas beliau, inilah peluang untuk semua ahli UMNO melakukan sesuatu yang lebih baik demi perjuangan agama, bangsa dan negara […]

» Read more

Tekad, Bangkit Kukuhkan Bahtera… Agama, Bangsa Kini Diperkotak-katikkan – Najib

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kepada semua ahli agar terus kekal kuat dan utuh dalam melayarkan bahtera parti demi agama, bangsa dan tanah air. Ujar bekas Perdana Menteri itu juga, ini berikutan setelah setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih tampuk pentadbiran negara, jelas disaksikan bagaimana kesucian agama dan keistimewaan […]

» Read more

UMNO Bakal Raikan Ulang Tahun Ke-73 Esok

KUALA LUMPUR, 10 Mei – UMNO akan menyambut ulang tahunnya yang ke 73 esok, dan sepertimana tahun sebelum ini sambutan tersebut akan diadakan secara sederhana dengan penuh teratur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis akan dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang kemudian diikuti ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden yang menjalankan […]

» Read more

Perkukuh Parti Keramat, UMNO Wadah Perjuangan Untuk Agama Dan Bangsa – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan harapan agar semua ahli UMNO akan terus memperkukuhkan parti keramat ini bagi memastikan UMNO mampu meneruskan wadah perjuangan bagi menegakkan agama dan bangsa. Jelas beliau, ini kerana jelas dapat dapat dilihat bahawa Islam dan Bumiputera semakin terhimpit di bawah pentadbiran Pakatan […]

» Read more

Setahun Kerajaan PH Ibarat Kartun The Flintstones… Kembali Ke Zaman Batu

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Pentadbiran setahun kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (PH) ibarat kartun The Flintstones, ujar Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim. Menurut beliau, segala tindak tanduk dan pengumuman yang dibuat oleh PH semuanya mundur ke belakang sedangkan selama ini Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh memajukan negara ini agar mampu berdaya saing dengan negara […]

» Read more
1 368 369 370 371 372 413