Pertemuan Dua Hala Bersama Menteri Perdagangan Republik Rakyat China

SUZHOU 22 Mei–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Perdagangan Republik Rakyat China TYT Wang Wentao bagi membincangkan hubungan ekonomi Malaysia–China yang terus berkembang dan semakin strategik sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC (MRT) di sini hari ini.

