PAU 2020: Mantapkan Penyatuan Menuju PRU-15 – Rosni Sohar

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Wanita UMNO Selangor mengharapkan Perhimpunan Agung kali ini menjadi penanda aras baharu untuk menyatukan lagi ahli parti terutama golongan wanita, kata ketuanya, Datuk Rosni Sohar. Jelasnya, bagi tulang belakang parti itu penyatuan ini amat penting apatah lagi dengan adanya desas-desus yang mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir. “Hendak menang pilihan raya, jentera harus […]

» Read more

UMNO Tak Boleh Digadai, Jati Diri Jadi Azimat Penguat Semangat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO jangan terlalu bimbang berikutan terdapat dakwaan ada pihak menggunakan ‘broker’ bagi menghancur dan menjatuhkan parti itu. Katanya, mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima. “Seperti saudara saudari saya juga tahu […]

» Read more

KeTSA Tambah Baik Perkhidmatan Dalam Aplikasi Teknologi, Maklumat Geospatial

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) melaksanakan pelbagai usaha bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, terutamanya dalam mengaplikasikan teknologi dan maklumat geospatial untuk keselamatan serta kedaulatan negara. Antara usaha yang dilaksanakan meliputi pembangunan dashboard dan maklumat geospatial bagi kegunaan Operasi Benteng, khidmat kepakaran teknikal dalam Kumpulan Jawatankuasa […]

» Read more

KPN Rancang Tambah Bilangan Tabika Perpaduan Di Seluruh Negara

KOTA TINGGI, 21 Mac – Kementerian Perpaduan Negara merancang menambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara sebagai usaha berterusan memupuk semangat perpaduan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata setakat ini, terdapat 1,781 Tabika Perpaduan dengan 35,238 murid di seluruh negara. Beliau berkata Jabatan Perpaduan Negeri akan melakukan semakan dan bancian terlebih dahulu sebelum […]

» Read more

Pulihkan Amalan Demokrasi, Atas Alasan ‘Sains dan Data’ Sidang Parlimen Wajar Dibuka – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah 25 hari berlalu sejak Yang di-Pertuan Agong bertitah Parlimen boleh bersidang semasa tempoh Ordinan Darurat berkuatkuasa. Namun katanya sehingga hari ini masih tiada tarikh ditetapkan kerajaan untuk wakil rakyat kembali bersidang di Dewan Rakyat. “Fungsi Parlimen sebagai proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara […]

» Read more

Banyak Sektor Dibuka… Rakyat Bertanya Kenapa Parlimen Tak Boleh? – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata semakin ramai rakyat bersuara mempersoal tindakan kerajaan yang telah membenarkan sektor-sektor tertentu dibuka seperti pendidikan dan ekonomi termasuk Bazar Ramadan, namun sebaliknya yang terjadi kepada persidangan Parlimen. Katanya, kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih rasional kerana ramai pihak sudah mula menyuarakan pandangan mereka berkenaan situasi ini. “Suara […]

» Read more

PAU 2020: Ikut SOP Tapi Tak Luntur Semangat Berjuang UMNO Kepada Rakyat

IPOH, 16 Mac – Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurul Amal Mohd Fauzi menyeru ahli parti untuk bersama menghayati usul-usul yang dibentangkan ketika Perhimpunan Agung UMNO nanti. Katanya, meskipun perhimpunan kali ini berbeza mengikut norma baharu bagi mengekang penularan COVID-19 namun ia seharusnya tidak melunturkan semangat ahli parti. “Saya menyeru kepada semua perwakilan seluruh Malaysia, perhimpunan ini sangat penting […]

» Read more

Kuatkan Parti UMNO, Terus Yakinkan Rakyat – Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 adalah sangat penting kerana pertama kalinya melibatkan beberapa penangguhan, ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Katanya, beliau berharap ia dapat menumpukan perhatian di dalam memperkukukan parti dan seterusnya mampu meyakinkan rakyat akan kelebihan yang ada pada UMNO. Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu […]

» Read more

Negara Bukan Hak Milik Peribadi, Demokrasi Malaysia Mesti Lebih Baik

Demokrasi Malaysia seharusnya lebih kukuh dan lebih baik dari sebelumnya. Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan bahawa demokrasi kita semakin menyusut dan merosot. Malaysia pasca moden sewajarnya boleh menjadi teladan kepada negara membangun lain tentang bagaimana demokrasi kita itu berevolusi dalam sistem demokrasi yang sarat dengan kearifan tempatan. Dan ia membuahkan pelbagai kejayaan dengan Malaysia menjadi negara membangun paling […]

» Read more

Kerajaan Wajar Kaji Kompaun RM10,000 Langgar SOP PKP – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan wajar mengkaji semula kompaun sehingga RM10,000 yang boleh dikenakan ke atas rakyat yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini kerana katanya, nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 di bawah Ordinan Darurat banyak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat. “Pertama sebilangan […]

» Read more
1 276 277 278 279 280 413