PAU 2020: Ikut SOP Tapi Tak Luntur Semangat Berjuang UMNO Kepada Rakyat

IPOH, 16 Mac – Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurul Amal Mohd Fauzi menyeru ahli parti untuk bersama menghayati usul-usul yang dibentangkan ketika Perhimpunan Agung UMNO nanti.

Katanya, meskipun perhimpunan kali ini berbeza mengikut norma baharu bagi mengekang penularan COVID-19 namun ia seharusnya tidak melunturkan semangat ahli parti.

“Saya menyeru kepada semua perwakilan seluruh Malaysia, perhimpunan ini sangat penting untuk kita terus memperkukuhkan parti kita untuk kita mendepani masa akan datang.

“Kita kena menghadapi cabaran politik semasa yang semakin hari semakin mencabar terutama apabila melibatkan parti kita.

“Ini adalah satu norma baharu selalunya kita bersama menyambut perhimpunan agung tapi kali ini kita berada di bahagian-bahagian masing-masing,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak, Suzmaniza Sulaiman beliau turut memberikan berpandangan sama berkenaan perhimpunan agung kali ini yang diadakan secara maya adalah luar biasa berbanding sebelumnya.

“Seperti yang sedia maklum perhimpunan ini kita akan dijalankan luar daripada kebiasaan.

“Kali ini di mana kita buat secara langsung melalui maya di kawasan masing-masing rentetan COVID-19.

Beliau juga turut mengharapkan agar pendekatan perhimpunan secara maya ini dapat dijadikan kayu ukur untuk meneruskan kaedah yang serupa di masa akan datang.

“Kita mengharapkan agar ini adalah satu cara yang lebih mesra terutama kepada orang-orang muda.

“Di mana kita telah melalui satu fasa yang berubah sama sekali dan saya juga mengharapkan agar permulaan ini akan menjadi medan yang akan meneruskan kaedah sebegini,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.