Keputusan MKT : Perjuangan UMNO Demi Rakyat – Pemuda UMNO Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Keputusan yang diambil Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam adalah satu keputusan yang memihak kepada rakyat walaupun keputusan berkenaan pahit serta keputusan itu mungkin dianggap tidak popular. Namun kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Nohd Zaidy Abdul Kadir parti mesti juga membuat satu keputusan mengenai hala tuju politik tanah air dan jelas semuanya adalah […]

» Read more

UMNO Terengganu Menyokong Penuh Ketetapan MKT – Ahmad Said

KUALA LUMPUR. 8 Julai – Badan Perhubungan UMNO Terengganu menyokong penuh ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam Mesyuarat malam tadi yang selaras dengan pendirian parti ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang lalu. Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata jelas dan nyata kegagalan Kerajaan menangani pandemik COVID-19 dengan berkesan selain menyalahgunakan Darurat untuk kepentingan politik serta kegagalan […]

» Read more

UMNO Senafas Kesusahan Rakyat, Tidak Tergelincir Landasan Perjuangan – Mohamad

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO mesti senafas dengan kesusahan rakyat, bukan kuasa serta kedudukan malah ftrah UMNO adalah parti untuk orang kebanyakan serta biasa-biasa, maka untuk merekalah UMNO harus bersuara dan berjuang. Menurut beliau parti itu tidak pernah diasaskan demi kepentingan lain kecuali memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, memuliakan […]

» Read more

Gagal Penuhi Aspirasi Rakyat, UMNO Tarik Balik Sokongan Kepada PM Serta Merta

  KUALA LUMPUR, 8 Julai – Kegagalan Kerajaan memenuhi aspirasi rakyat menyebabkan UMNO menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin selaku Perdana Menteri. Justeru, UMNO mendesak agar Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad. Demikian tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang […]

» Read more

Generasi Muda Pelapis Negara, Perlu Bijak Tapis Pengaruh Negatif Yang Merugikan Diri – Norshida Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berpandangan, agenda pembangunan sumber manusia pendidikan bermula dari sekolah hingga ke peringkat universiti semakin penting kerana negara melalui arus perubahan besar dalam melahirkan insan berkualiti dari segi ilmu, nilai dan keupayaan memimpin. Jelas beliau berasaskan agenda ini, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu […]

» Read more

PdPR Perlukan Modul Menyeluruh Antara Pelajar Bandar Dan Luar Bandar – Norshida

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Wanita UMNO berpandangan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika fasa pandemik yang krikital ini memerlukan modul yang lebih menyeluruh dan perlu di seimbangkan dengan keadaan masyarakat luar bandar di mana mereka mungkin akan tercicir jauh berbanding pelajar di bandar. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata ia perlu dibangunkan oleh tenaga pakar bidang pendidikan, psikologi […]

» Read more

Kenapa Ordinan Darurat Dan Pelan Pemulihan Negara Tidak Mahu Dibahaskan?

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sudah terang lagi bersuluh bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mahukan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen sebagaimana kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini. Namun menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, timbul persoalan kenapa masih […]

» Read more

Isu Vaksin AZ, Penjelasan Segera Perlu Diberi – Jalaluddin

JELEBU, 5 Julai – Dalam dua tiga hari ini, heboh di media sosial berkenaan dengan isu pengiktirafan vaksin AstraZeneca (AZ) oleh Kesatuan Eropah (EU) yang dikatakan tidak mengiktiraf dan tidak akan membenarkan individu yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca untuk masuk ke negara mereka. Bagi Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias, beliau menggesa kerajaan menerusi kementerian yang berkaitan perlu segera […]

» Read more

Kerajaan Patut Fokus Titah Istana… Fikirlah Nasib Rakyat Demi Kelangsungan Hidup – Razlan

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan kerajaan sepatutnya fokus kepada titah Istana dan berlapang dada untuk bertindak demi kepentingan rakyat, bukan seperti hari ini melakukan pelbagai alasan dan ugutan untuk memastikan kerajaan masih kekal berkuasa. Katanya, kerajaan yang sepatutnya dijadikan tempat bergantung harap sudah tidak boleh diharapkan kerana menjadi kerajaan yang […]

» Read more

Penggunaan Katil Hospital Di Lembah Klang Lebih 85 Peratus – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Kadar penggunaan katil pesakit termasuk ‘repurpose bed’  (katil yang diubah suai) di hospital-hospital di Lembah Klang kini  melebihi 85 peratus, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.  Beliau berkata mengambil kira keperluan katil tambahan, khususnya di unit rawatan rapi (ICU), Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan beberapa langkah afirmatif segera untuk menangani keadaan luar jangka kedatangan atau […]

» Read more
1 259 260 261 262 263 414