Jubli Emas BN 50 Tahun, Tempoh Panjang Tadbir Negara – Norliza Rahim

KUALA LUMPUR,9 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan kesyukuran dapat meraikan Jubli Emas Barisan Nasional (BN) peringkat kebangsaan yang ke-50. Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata, BN mempunyai ramai rakan komponen yang bersama dengan gabungan ini, selama 50 tahun telah mentadbir negara pada tempoh yang sangat panjang. “Sewaktu 50 tahun […]

» Read more

MUBARAK Perlu Diperkasa Untuk Memudahkan, Lancarkan Aktiviti Kebajikan – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) perlu diperkasakan untuk memudahkan dan melancarkan segala aktiviti kebajikan yang akan dilaksanakan di seluruh negara. Presiden MUBARAK, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, keahlian MUBARAK adalah bersifat terbuka dan tidak mengira latar belakang parti politik yang diwakili. “MUBARAK Malaysia yang ditubuhkan pada 30 Oktober 1998 ini telah […]

» Read more

PRK Nenggiri: Pertempuran Bendera, Menakluk Hati Pengundi

GUA MUSANG, 14 Ogos – Kehangatan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semakin dirasai apabila parti yang bertanding menggerakkan jentera untuk berkempen serta memasang bendera parti masing-masing di sepanjang jalan raya. Perang bendera khususnya di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) semakin rancak apabila petugas jentera dilihat memacak bendera di lokasi-lokasi yang strategik. Tinjauan UMNO Online mendapati […]

» Read more

Tindakan ADUN Rembia Bakal Beri Implikasi Kepada ‘Aku Janji’ PRN Melaka – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Jailani Khamis yang ‘melompat’ ke parti Pas bakal memberi implikasi kepada ‘aku janji’ dimeterai pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 lalu. Menurutnya, pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil maklum keputusan tersebut dan […]

» Read more

Terus Usaha Dapatkan Kembali Sokongan – Dr Shamsul Anuar

JERLUN, 7 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat kekuatan UMNO selama ini ialah atas sokongan kuat daripada orang Melayu dan Bumiputra serta kaum kaum lain melalui rakan dalam BN dan kelebihan itulah menjadikan UMNO sebuah parti yang digeruni lagi dihormati. Menurut beliau di sisi lain, tiada parti politik yang boleh menafikan kekuatan […]

» Read more

PRK DUN Nenggiri Ditetapkan 17 Ogos – SPR

PUTRAJAYA, 28 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos ini. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 Ogos dan 13 Ogos. “Daftar pemilih pilihan raya bagi PRK DUN Nenggiri mengandungi seramai 20,259 pemilih. […]

» Read more

Kerajaan Timbang Cadangan Tubuh Ombudsman Malaysia – Azalina

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kerajaan akan menimbangkan cadangan bagi penubuhan ‘Ombudsman Malaysia’ iaitu sebuah badan bebas bagi menangani aduan orang ramai mengenai agensi-agensi kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia selari dengan agenda Kerajaan Perpaduan yang mementingkan ketelusan dan integriti. “Salah satu masalah ialah kita tahu bahawa para pegawai […]

» Read more

PM Umum Peruntukan RM100 Juta Bantu Koperasi Kembang Industri Agromakanan

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Tabung Agromakanan dan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan khususnya penternakan ayam. Perdana Menteri berkata peruntukan itu akan membantu koperasi meningkatkan pengeluaran makanan seterusnya mengurangkan masalah kenaikan harga barang yang memberi impak besar kepada […]

» Read more

Mahathir Akan Tubuh Satu Lagi Parti Melayu, Layak Ditabal ‘Bapa Pemecah Belah Orang Melayu’ – Isham

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Petang ini Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan mengumumkan penubuhan parti baru, setelah mahkamah semalam mendapati dia bukan lagi Pengerusi PPBM (Bersatu). Sehubungan itu, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, Mahathir kini amat layak untuk ditabalkan sebagai ‘Bapa Pemecah Belah Orang-orang Melayu’. Ujarnya, parti baru Mahathir ini dikhabarkan akan dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) […]

» Read more

Bukan Soal Pintu Depan Atau Belakang… Tapi Demi Pelbagai Kaum, Negara – Annuar

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bawa UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) mempunyai tugas berat, bukan soal pintu depan atau belakang, tetapi soal apakah yang boleh dilakukan secara kolektif dalam suasana politik pelbagai parti dan demi kepentingan pelbagai kaum dalam negara. Katanya, Pakatan Harapan (PH) adalah formula yang gagal, prestasinya lemah […]

» Read more
1 6 7 8 9