Sembilan Kluster Baharu Di Selangor, KL, Pahang, Sabah, Melaka Dan NS – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan kluster baharu hari ini, yang dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster baharu pertama dikenal pasti, Kluster Seri Lanang, melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling, Selangor dengan kes dilaporkan positif COVID-19 […]

» Baca lanjut

Sabah Sambut Baik Pandangan Semua, Usaha Rancak Pembangunan Negeri

KINABATANGAN, 28 Dis – Kerajaan Sabah mengalu-alukan pandangan dari semua pihak, termasuk wakil rakyat dari parti pembangkang, asal sahaja tujuannya adalah bagi merancakkan pembangunan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah l Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau memberi contoh pandangan untuk merancakkan lagi pembangunan bandar kedua terbesar di Sabah iaitu Sandakan, yang menurutnya memerlukan perhatian semua pihak. “Pemimpin dari blok […]

» Baca lanjut

PKPB Di Selangor, KL, Sabah Serta Beberapa Lokaliti Dilanjutkan Hingga 14 Jan 2021

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif COVID-19 di kesemua […]

» Baca lanjut

DUN Sabah Lulus Belanjawan Negeri 2021

KOTA KINABALU, 23 Dis – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan negeri 2021 berjumlah RM4.3 bilion setelah dibahas selama tiga hari sejak Isnin. Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata belanjawan itu diluluskan dengan suara terbanyak ahli mesyuarat. Terdahulu ketika menggulung perbahasan itu, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata tidak timbul isu kerajaan Sabah bergantung […]

» Baca lanjut

GLC Perlu Produktif, Jadi Teras Pemacu Pembangunan Ekonomi – Pemuda UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 22 Dis – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Mohd Kurniawan Naim Moktar berpandangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah perlu menjadi teras yang memacu pembangunan ekonomi Negeri Sabah bagi memastikan kitaran ekonomi dalam negeri mengalir secara lancar bagi mewujudkan persekitaran ekonomi yang sihat. Ulas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan itu, antara cadangannya ialah GLC juga perlu menjadi payung […]

» Baca lanjut

Inisiatif Pembiayaan Lain Perlu Untuk Percepat Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 21 Dis – Keseluruhan 35 pakej fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (LPB), melalui unjuran yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, dijangka hanya akan siap pada 2040 sekiranya kerajaan tidak mencari inisiatif pembiayaan lain untuk mendapatkan peruntukan. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata berdasarkan kepada pengumuman Belanjawan 2021 oleh Kementerian Kewangan dan trend […]

» Baca lanjut

MKN, KKM Diminta Lebih Prihatin Fahami Beban Kos Hidup Rakyat Sabah – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Kerajaan diminta untuk lebih prihatin dan memahami kesan yang dihadapi oleh rakyat Sabah dalam berdepan dengan beban kos sara hidup rakyat negeri berkenaan dari Kuala Lumpur. Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, rakyat Sabah terpaksa menghadapi isu tentang balik ke Sabah memandangkan kos semakin meningkat dan mahal. […]

» Baca lanjut

PKPB: Sabah Agih 297,418 Bakul Makanan Setakat Ini – Shahelmey

KOTA KINABALU, 15 Dis – Sebanyak 297,418 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan memerlukan di 27 daerah seluruh negeri setakat hari ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya. Shahelmey dalam kenyataan hari ini berkata pengagihan bakul makanan itu membabitkan daerah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan […]

» Baca lanjut

PKPD Kampung Numbak Dan Penempatan Telipok, Sabah Tamat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu, Sabah tamat hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 6,776 ujian saringan di kedua-dua lokaliti ini, dan sebanyak 175 kes kumulatif COVID-19 direkodkan di Kampung Numbak serta 224 kes di […]

» Baca lanjut
1 62 63 64 65 66 414