Tempoh Rayuan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Tempoh rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan sehingga 31 Mei ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata selain menghantar e-mel, pemohon yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan bermula esok. “Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada […]

» Read more

UMNO 74 Tahun: Menghayati Sebuah Perjuangan

PERTUBUHAN Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ialah sebuah parti keramat yang lahir di atas perjuangan murni bagi membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman kolonial British. Sebut sahaja nama UMNO sudah pasti terlalu banyak jasa dan pengorbanan pada nusa bangsa terutama di kalangan orang Melayu sehingga ada yang sanggup berkorban apa-apa sahaja termasuklah barang kemas peribadi demi sebuah kebebasan. Liku-liku perjuangan UMNO terbina […]

» Read more

UMNO 74 Tahun: ‘Jatuh’, Hilang Kuasa Jadi ‘Recap Call’ UMNO Untuk Teruskan Wadah Perjuangan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 8 Mei –  Setiap perkara yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya dan tidak pernah ada sia-sia apabila ditakdirkan buat pertama kali dalam sejarah UMNO ‘jatuh’ dan ‘hilang kuasa’ pada Mei 2018. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu adalah ‘recap call’ UMNO sebagai suatu wadah yang penuh dengan jasa […]

» Read more

Usul Percaya Atau Undi Tidak Percaya : Sejauh Mana Ahli Parlimen Semporna Mempunyai Etika Politik – Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Dalam negara yang mengamalkan demokrasi matang, individu yang membawa usul “mengejut dan memecahbelahkan” seperti Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya dalam parlimen akan meletak jawatan jika percubaannya gagal. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata individu tersebut secara budiman (gentleman) akan mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan itu. Menurut beliau yang juga Ketua UMNO […]

» Read more

Kepimpinan Syed Saddiq Tercalar, Negara Berdepan COVID-19 Tapi Masih Utamakan Agenda Politik Peribadi

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Pertikaian pemimpin Armada di beberapa buah negeri yang mempersoalkan keputusan mesyuarat sayap itu di peringkat Pusat untuk kembali bersama Pakatan Harapan (PH) menggambarkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis kepimpinan di tahap kritikal, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir. Bidas beliau, sepatutnya, dalam keadaan rakyat sedang berjuang melawan penularan wabak […]

» Read more

Hampir 5,000 Pelajar Balik Kampung Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 28 April – Hampir 5,000 lagi pelajar insitusi pengajian tinggi (IPT) akan mula bergerak balik ke kampung masing-masing esok yang akan melibatkan pergerakan di dalam zon yang sama. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata untuk zon utara ia akan melibatkan seramai 653 pelajar, zon timur (1,165), manakala di Sabah (lebih 2,000), Labuan (11), dan Sarawak […]

» Read more

Sultan Johor Nasihat Umat Islam Manfaatkan Ramadan Sebaiknya

JOHOR BAHRU, 24 April – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menasihati umat Islam negeri ini supaya memanfaatkan bulan Ramadan dengan sebaiknya dengan meningkatkan amal ibadah di rumah, bermuhasabah diri serta bertawakal kepada Allah SWT. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah Ramadan kali ini membawa suatu kelainan yang tidak pernah dirasai rakyat […]

» Read more

Pelajar IPT Dibenar Pulang Bermula 27 April

PUTRAJAYA, 24 April – Pelajar Institusi pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk Politeknik serta Kolej Komuniti yang masih berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 April ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini memutuskan waktu perjalanan yang dibenarkan adalah dari 9.00 malam […]

» Read more

Ramadan Dalam Tempoh PKP Beri Ruang Lebih Masa Umat Islam Amal Ibadat Bersama Keluarga

KUALA LUMPUR, 23 April – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata daripada satu sudut, menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebenarnya memberi peluang untuk masyarakat Islam meluangkan lebih masa untuk beribadat bersama ahli keluarga. Pada masa yang sama katanya dalam situasi itu juga, ianya akan memberi ebih banyak lagi masa untuk membaca al-Quran […]

» Read more

Kerajaan Akan Perhalusi SOP Jika Ada Keputusan Benarkan Pelajar IPT Pulang – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 21 April – Isu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam tempoh agak lama di kampus berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat perhatian apabila kerajaan akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) jika ada keputusan untuk membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata untuk itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan […]

» Read more
1 364 365 366 367 368 430