286 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Seramai 286 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu 44 individu direman manakala 242 individu pula dikenakan kompaun. “Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (34), premis beroperasi lebih masa […]

» Read more

Pengundi DUN Slim Diharap Beri Signal Jelas Dengan Memilih BN 29 Ogos Nanti – Ismail Sabri

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim perlu memberikan signal yang jelas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz pada 29 Ogos nanti. Menurut beliau selepas ini akan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mungkin akan […]

» Read more

Lagi 129 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Seramai 129 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 20 direman manakala 109 individu lagi dikenakan kompaun, kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal. “Polis telah membuat 66 sekatan jalan raya […]

» Read more

Apakah Status 10 Ekar Tanah Perkuburan Islam? Soal UMNO Kalabakan

KALABAKAN, 14 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Kerajaan Negeri Sabah agar segera menyediakan kawasan baharu untuk proses pemindahan kubur yang terbina di atas tanah milik orang lain. Katanya, gesaan itu dibuat susulan dari video viral yang memaparkan mengenai kerja-kerja pembongkaran Tanah Perkuburan Islam di Kawasan Batu 3, Jalan Apas, Tawau, kerana sudah memasuki kawasan […]

» Read more

PKPP: Jumlah Besar Individu Dikenakan Tindakan Menunjukkan Rakyat Masih Ingkar SOP

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Jumlah besar individu yang dikenakan tindakan akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 184 individu atas kesalahan ingkar PKPP dengan 135 dikompaun manakala 49 […]

» Read more

182 Individu Ingkar PKPP Ditahan Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Seramai 182 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 18 direman, dua dijamin manakala 162 individu lagi dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal. Polis Diraja Malaysia (PDRM) […]

» Read more

RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 Dibentang

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. Rang undang-undang itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan termasuk mengubah suai 16 perundangan iaitu Akta Had Masa 1953; Ordinan Had Masa Sabah dan Ordinan Had Masa […]

» Read more

PRK Slim: Jentera Parti Harus Terus Bekerja Keras Demi Kemenangan Yang Lebih Besar

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim harus bekerja sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan yang jumlah majoriti yang lebih besar. Jelas beliau, walaupun Barisan Nasional (BN) dijangka menang mudah di PRK Slim ini namun itu tidak bermakna ia boleh dipandang mudah. “Kita telah melalui […]

» Read more

230 Individu Ingkar PKPP Ditahan Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Seramai 230 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 13 direman manakala 215 individu lagi dikenakan kompaun, kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal. “Polis telah membuat 65 sekatan jalan […]

» Read more
1 353 354 355 356 357 430