Pengundi DUN Slim Diharap Beri Signal Jelas Dengan Memilih BN 29 Ogos Nanti – Ismail Sabri

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim perlu memberikan signal yang jelas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz pada 29 Ogos nanti.

Menurut beliau selepas ini akan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat dan sudah pasti kemenangan BN pada PRK DUN Slim memberi lonjakan semangat kepada jentera parti dan juga kepada pengundi itu sendiri di negeri tersebut.

‘’Kemenangan di sini penting untuk memberikan semangat kepada jentera kita dan pengundi di Sabah.  Kalau tidak ada lagi PRK selepas ini, ini adalah penanda aras yang menjadikan panduan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

‘’Jadi kena pastikan kita menang dan saya percaya bukan satu halangan besar sebab saya percaya di sini adalah kubu kepada BN. Kalau orang kalah seluruh Malaysia, sini boleh menang dalam PRU lalu, tidak ada sebab apabila kita berada di dalam kerajaan kita boleh menang semula tetapi kali ini kita mahu majoriti yang lebih besar supaya boleh memberikan semangat baru kepada ahli-ahli  BN seluruh BN bahawa kita bangkit kembali dan diterima oleh rakyat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian Ketika berucap Bersama jentera parti di Pusat Daerah Mengundi  (PDM) Slim, di sini, hari ini.

Ismail seterusnya mengingatkan seluruh jentera pelbagai peringkat agar mengenalpasti setiap pengundi di Kawasan masing-masing kerana setiap undi cukup penting.

‘’Waktu dalam pembangkang pun kita menang lima kali dan kali ini kita di dalam kerajaan. Jadi kalau dalam pembangkang kita boleh menang lima kali dan baru-baru ini di Chini kita menang besar tidak ada sebab kenapa PRK DUN Slim ini kita tidak boleh menang besar,’’ ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.