PKP 14 Hari Di Enam Negeri Mulai Rabu

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu […]

» Read more

UMNO Mahu Mandat Rakyat Tapi Bergantung Situasi COVID-19… Keliru Dengan PN – Noh Omar

TANJUNG KARANG, 11 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Tan Sri Noh Omar menjelaskan tuduhan terhadap UMNO hendak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan tergesa-gesa tanpa menghiraukan keadaan rakyat adalah tidak benar. Jelas beliau, memang UMNO dari awal lagi mahukan mandat dikembalikan kepada rakyat tetapi ini semua bergantung kepada situasi semasa iaitu COVID-19. “Ramai orang menuduh mengatakan […]

» Read more

Tidak Sesuai Banding Pilihan Raya Negara Lain Untuk Buat PRU15 – Khairy

PUTRAJAYA, 8 Jan – Hujah pelaksanaan pilihan raya di Singapura dan New Zealand ketika pandemik COVID-19 tidak sesuai untuk dibuat perbandingan dengan Malaysia bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan kerana skala mereka lebih kecil, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. Katanya sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, beliau telah melihat kepada data-data jangkitan COVID-19, dan sedar bahawa […]

» Read more

Banjir: Kepimpinan UMNO Prihatin, Fokus Pastikan Rakyat Sentiasa Terbela

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Banjir yang melanda beberapa negeri sejak beberapa minggu lalu menjadi fokus utama daripada para pemimpin tempatan yang turun padang dan bersama-sama rakyat dalam berdepan musibah tersebut. Dalam hal ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa peka dan berusaha bagi memastikan mangsa banjir di negeri tersebut mendapat keutamaan setiap masa. Pada sesi […]

» Read more

Banjir Makin Buruk Di Pahang, Kelantan, Terengganu Dan Perak

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk pagi ini berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat. Bagaimanapun, keadaan banjir di Johor dan Sabah beransur pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan di PPS. Di PAHANG jumlah mangsa banjir […]

» Read more

Demi Rakyat, UMNO Tawau Siap Sedia Berdepan Apa Juga Cabaran – Ghazalie Ansing

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing memaklumkan bahawa anggota parti telah siap sedia berdepan apa-apa juga cabaran termasuklah  Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 demi pembelaan rakyat. Dalam hal ini, beliau memaklumkan bahawa melalui persidangan UMNO Bahagian Tawau, usul mencadangkan agar kerusi Parlimen Tawau dapat diserahkan kepada UMNO.  “Ini adalah masanya untuk UMNO tuntut semula kerusi Parlimen […]

» Read more

Semangat Ahli UMNO Tidak Goyah… Kejujuran, Keikhlasan Asas Perjuangan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 4 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata politik sekarang ini sangat dinamik dan sering dilanda gelombang perubahan namun ia tidak menghakis semangat perjuangan ahli-ahli UMNO. Jelas beliau, hal ini dapat dilihat pada mesyuarat perwakilan tahun lalu, UMNO masih berada sebagai pembangkang tetapi semangat ahli-ahlinya tidak goyah, malah lebih kental. “Tiada peruntukan dari Ahli […]

» Read more

KKM Jangka Trend Kes Positif COVID-19 Terus Meningkat

KOTA TINGGI, 2 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka kes positif COVID-19 mengalami trend peningkatan berikutan lebih banyak aktiviti pengesanan akan dilakukan selepas kerajaan mewajibkan semua pekerja asing di tapak pembinaan dan industri menjalani ujian saringan bermula semalam. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ujian saringan pekerja asing membabitkan 800,000 orang meliputi Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang […]

» Read more

Perkuatkan UMNO, Untung Nasib Rakyat Hanya Terbela Apabila Parti Kuat – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 2 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru anggota parti untuk perkuatkan UMNO kerana untung nasib rakyat akan terbela apabila parti kuat. Katanya, ahli-ahli UMNO perlu utamakan perjuangan dan bukan perjuangan diri yang didahulukan. “Kepercayaan harus berjalan dua hala. Keyakinan dalam perjuangan adalah faktor kekuatan. Tidak ada jalan singkat dalam perjuangan, semuanya melalui liku-liku […]

» Read more

COVID 19: Kita Masih Belum Menang, Tahun Baharu 2021 Penuh Cabaran

KUALA LUMPUR, 1 Jan 2021 – Tahun 2020 sudah melabuhkan tirainya namun Perang COVID-19 di Malaysia masih belum berakhir, malah dikhuatiri akan terus berlarutan pada tahun baharu 2021 ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan Facebook peribadinya semalam menyatakan, ‘”peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat. Malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian […]

» Read more
1 303 304 305 306 307 428