Lebih 4,000 Pekerja Warga Asing Positif COVID-19 – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Seramai 251,101 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 sejak 1 Dis lalu hingga semalam dengan 4,735 orang didapati positif jangkitan virus itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sebanyak 10,500 majikan telah menghantar pekerja mereka menjalani ujian itu yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas pekerja asing. “Semalam, […]

» Read more

Pembaharuan Lesen Kenderaan Dikecualikan

PUTRAJAYA, 29 Jan – Kerajaan memperkenalkan semula pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) (tidak termasuk kenderaan perdagangan) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) (tidak termasuk Lesen Vokasional) bagi mereka yang tamat tempoh sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, tempoh pengecualian itu bermula 1 Februari sehingga 31 Mac […]

» Read more

Kerajaan Bertegas Tutup Sementara Kilang, Premis Perniagaan Gagal Patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Kerajaan akan menutup sementara operasi kilang dan premis perniagaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan pencegahan COVID-19 dan sekiranya didapati berlaku jangkitan kes di kawasan itu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pengusaha kilang yang gagal mewajibkan pekerja warga asing untuk membuat […]

» Read more

Azmin Harus Tampil Perjelas Kejatuhan Teruk FDI Malaysia Berbanding Negara ASEAN Lain

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk segera tampil menjelaskan kepada rakyat tindakan segera Kerajaan bagi menangani kejatuhan teruk Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam negara. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, amat menyedihkan lagi mengecewakan, Malaysia yang satu ketika sentiasa […]

» Read more

Banjir: Kg Pengkalan Bukit Garam, Kinabatangan Tidak Sesuai Diduduki

KINABATANGAN, 28 Jan – Penduduk Kampung Pengkalan Bukit Garam dekat sini telah dinasihatkan berpindah kerana kampung itu tidak lagi sesuai diduduki akibat sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata kerajaan telah menyediakan tapak baharu bagi menempatkan penduduk kampung berkenaan, namun segelintir penduduk enggan berpindah […]

» Read more

Santuni Resmi Perjuangan UMNO, Prinsip Muafakat Demi Pembelaan Bangsa – Norliza

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim memohon agar ahli-ahli UMNO berilah sokongan pada parti dari tiang, alang hinggalah atapnya dan berhentilah membiakkan barah. Katanya, orang luar mungkin mahu melihat UMNO ini terkubur, maka janganlah kita yang di dalamnya pula yang sibuk menyiapkan kapan dan kerandanya kerana UMNO tidak sekali-kali akan terkubur. […]

» Read more

COVID-19: 3,680 Jumlah Kes Baharu, Tujuh Lagi Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Sebanyak 3,680 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu di dalam negara mencecah 194,114 dengan 42,389 kes aktif. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, 3,674 kes merupakan kes tempatan dan enam lagi kes import yang mendapat jangkitan di luar […]

» Read more

Usah Tergesa-Gesa Melonggarkan PKP – Shahrul Nasrun

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata rakyat Malaysia akan menjadi bimbang dan risau apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini dilonggarkan pada 4 Februari ini. Katanya, keputusan memberikan kelonggaran PKP ini seolah-olah tidak menunjukan kes COVID-19 ini berkurangan malahan semakin meningkat melebihi 2,000 kes sehari. “Tindakan pengumuman pelonggaran PKP tanggal 4 […]

» Read more
1 300 301 302 303 304 428