Fasa Satu PKP 3.0 Tunjuk Perkembangan Positif Dalam Usaha Melandaikan Lengkuk Jangkitan COVID

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara itu terbukti selepas kes harian COVID-19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada […]

» Read more

Lakukan Vaksinasi Di Kawasan PKPD Bagi Mempercepat Sasaran Imuniti — Bung

KOTA KINABALU, 16 Jun – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin  menggesa kerajaan supaya turut melaksanakan pemberian vaksin di kawasan yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membantu mempercepatkan lagi proses vaksinasi di negeri ini. Jelas Bung, pendekatan ini juga antara salah satu kaedah terbaik selain pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah bagi […]

» Read more

Pesakit Kategori 4, 5 Meningkat, Penggunaan Katil ICU Cecah 97 Peratus

PUTRAJAYA, 14 Jun – Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang diperoleh daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) perkhidmatan hospital di seluruh negara menunjukkan trend peningkatan bermula April lepas iaitu 6,751 kes kepada 30,287 kes pada Mei. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata peningkatan kes bagi kedua-dua kategori tersebut dijangka meningkat bulan ini memandangkan […]

» Read more

Kerajaan Nilai Semula SOP Jika Kes COVID Turun Bawah 4,000 – Ismail Sabri

Ismail sabri

JOHOR BAHRU, 13 Jun – Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) sekatan penuh pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas, jika jumlah jangkitan harian COVID-19 turun bawah 4,000, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun katanya itu tidak bermakna kerajaan akan menamatkan PKP. “Saya […]

» Read more

PKP 3.0 Dilanjut Sehingga 28 Jun – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang dijadualkan sehingga Isnin ini, disambung dua minggu lagi hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini […]

» Read more

Falsafah Penubuhan, Kedinamikan Politik Bukti BN Kekal Relevan, Dominan Pejuang Rakyat – Zambry

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggariskan dua aspek utama yang menjadi tonggak kepada BN kekal relevan dalam senario politik negara. Jelas beliau aspek pertama adalah melihat kembali falsafah penubuhan yang menjadi tulang belakang kepada sesuatu parti untuk kekal berupaya dalam memberikan manfaat kepada rakyat. “Adakah penubuhan parti yang diwujudkan […]

» Read more

Minyak Masak: Manfaatkan Cukai ‘Windfall’ Untuk Bantu Pembeli

KITA tahu: Harga minyak masak dalam botol sememangnya tidak lagi disubsidi oleh Kerajaan selepas 2016. Kita faham: Apabila harga kelapa sawit mentah (CPO) meningkat, harga minyak masak juga akan meningkat. Ekoran kenaikan harga CPO sejak tahun lepas, harga minyak masak tidak bersubsidi juga meningkat mendadak – sebotol minyak masak 5kg berharga lebih daripada RM30. Tetapi adakah bermaksud Kerajaan tiada kuasa […]

» Read more

PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Lima Negeri – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Terengganu selama dua minggu bermula Sabtu ini bagi membendung penularan COVID-19 di lokaliti berkenaan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu melibatkan tiga taman perumahan di Temerloh, Pahang iaitu Taman Temerloh Jaya, […]

» Read more

ATM Tawar Bantuan Logistik Penghantaran Vaksin Ke Pendalaman

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memberikan bantuan logistik kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan vaksin COVID-19 ke kawasan pedalaman di seluruh negara, khas di Sabah dan Sarawak. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan berikutan jalan di kawasan pedalaman yang tidak baik dan ATM yang mempunyai kelengkapan kenderaan yang boleh melalui jalan itu. […]

» Read more
1 279 280 281 282 283 426