21 Lokaliti Di Terengganu Dikenakan PKPD – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Sebanyak 21 lokaliti di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi di Besut; sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun dan 11 lokaliti di Mukim Sura. […]

» Read more

Titah Agong Tidak Meminta Sesuatu Yang Mustahil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak meminta kerajaan untuk melakukan perkara yang tidak munasabah dalam melakukan kerja-kerja pentadbiran negara, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Jelas beliau YDPA hanya mahukan kerajaan mengikut selaras dengan peruntukan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan berkenaan pembatalan Ordinan Darurat. “Seri Paduka Baginda YDPA miliki kuasa tertentu sabagai Ketua Utama Negara. […]

» Read more

PM Perlu Letak Jawatan, Kembalikan Demokrasi Berperlembagaan… Akur Titah Agong – Pemuda UMNO Terengganu

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pergerakkan Pemuda UMNO Negeri Terengganu sependapat dengan desakan Pergerakan Pemuda UMNO Pusat agar Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin meletakkan jawatan di atas konflik perlembagaan yang mengundang murka Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekian kalinya. Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, kegagalan Perdana Menteri dan kabinetnya mengurus pandemik COVID-19 di waktu ini […]

» Read more

Membelakangi Fungsi Dan Kuasa Agong: PM, AG Dan Menteri JPM Mesti Bertanggungjawab – Norliza

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Norliza Abdul Rahim menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita berhubung kenyataan pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum diperkenan. Tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara Tan […]

» Read more

Semua Ahli UMNO Tanpa Mengira Kedudukan, Pangkat Wajib Akur Dan Patuh Pendirian Rasmi Parti – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pendirian rasmi UMNO telahpun dinyatakan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin dan semua ahli serta pendokong setia parti walau apa pun kedudukan, jawatan dan pangkat mereka di dalam dan di luar kerajaan, wajib akur dan patuh terhadap pendirian tersebut. Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, pendirian rasmi UMNO adalah keputusan kolektif […]

» Read more

COVID: Dua Hari Berturut-Turut Kes Baharu Melebihi 17,000

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kes baharu positif COVID-19 hari ini dilaporkan sebanyak 17,170 menjadikannya hari kedua berturut-turut negara ini merekodkan kes melebihi 17,000. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,078,646. Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,163 kes, diikuti Kuala Lumpur […]

» Read more

Pembinaan Hospital Medan ATM Diteruskan Di Hospital Melaka – Ketua Menteri

MELAKA, 28 Julai – Hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sebelum ini ditangguhkan pembinaannya di Hospital Jasin akan diteruskan di Hospital Melaka dalam masa terdekat. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata hospital itu akan dibina di kawasan parkir berhadapan lobi utama Hospital Melaka dengan jumlah 100 katil bagi menempatkan pesakit COVID-19. “Pembinaan hospital medan ATM penting […]

» Read more

34 Lokaliti Di Lima Negeri Dikenakan PKPD Mulai Khamis Ini – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kerajaan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 lokaliti di Sabah, Kelantan, Johor, Sarawak dan Pahang bermula Khamis ini hingga 11 Ogos depan. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan itu diambil selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kesemua […]

» Read more

Batal Darurat Tanpa Makluman Awal Bukti Kerajaan Gagal Tangani COVID-19 – Azril Rizal

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit menyifatkan kenyataan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pembatalan darurat pada 21 Julai lalu amat mengejutkan. Katanya, malahan ianya hanya dimaklumkan semalam walaupun telah ditamatkan lima hari sebelumnya. “Ternyata tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang tidak munasabah dan melanggar prinsip-prinsip Ordinan Darurat yang […]

» Read more

PKPD Dikuatkuasakan Di 13 Lokaliti, 31 Premis Diarah Tutup – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Kerajaan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 13 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang, bermula Rabu ini hingga 10 Ogos. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil setelah sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 […]

» Read more
1 272 273 274 275 276 427