Titah Agong Tidak Meminta Sesuatu Yang Mustahil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak meminta kerajaan untuk melakukan perkara yang tidak munasabah dalam melakukan kerja-kerja pentadbiran negara, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jelas beliau YDPA hanya mahukan kerajaan mengikut selaras dengan peruntukan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan berkenaan pembatalan Ordinan Darurat.

“Seri Paduka Baginda YDPA miliki kuasa tertentu sabagai Ketua Utama Negara. Titah Baginda baru-baru ini tidak meminta sesuatu yang mustahil.

“Hanya yang mudah iaitu bentang, bahaskan. Itupun kerajaan tidak dapat untuk penuhi. Ingatlah, suburkan demokrasi. Jangan guna alasan-alasan COVID-19 untuk kekang ahli Parlimen,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu menerusi ciapan yang berlainan beliau turut menghargai pandangan daripada pakar-pakar perlembagaan berkenaan perkembangan semasa negara.

“Saya kira tidak sukar. Bentang, bahas, putuskan darurat dan ordinannya di Parlimen.

“Ramai ahli Parlimen pada dasarnya tidak mahu darurat diterus. Tiada masalah ketika belah bahagi/undi. Terpenting titah YDPA dijunjung,” jelas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.