Mangsa Banjir Di Empat Negeri Menurun, Terengganu Pulih Sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Jumlah mangsa banjir di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun setakat tengah hari ini berbanding pagi tadi, manakala di Terengganu banjir pulih sepenuhnya dengan penutupan kesemua PPS di negeri itu. Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat sedikit manakala di Selangor jumlahnya masih kekal seperti pagi tadi. […]

» Baca lanjut

UMNO Libaran Bantu Bina Semula Jambatan Roboh Dipukul Ombak

SANDAKAN, 5 Jan – UMNO Bahagian Libaran bersatu hati membina semula jambatan konkrit yang roboh di sebuah perkampungan atas air di sini akibat dipukul ombak kuat pada malam kedua tahun baharu. Usaha itu bagi membantu kira-kira 120 penduduk di 10 rumah Kampung Tinusa 2 yang terputus hubungan apabila kira-kira sembilan meter jambatan konkrit di Lorong 3, Jambatan 6 kampung itu […]

» Baca lanjut

Mangsa Banjir Di Johor, Melaka Terus Meningkat Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka pagi ini merekodkan peningkatan manakala jumlah di lima negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah tidak banyak berubah berbanding semalam.  Selain itu, kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat 7 pagi tadi juga menyaksikan sebanyak sembilan sungai di negeri terjejas banjir merekodkan paras bahaya melibatkan tiga sungai di […]

» Baca lanjut

Lebih 15,000 Mangsa Banjir Di PPS Di Tujuh Negeri

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Lebih 15,000 mangsa banjir masih berada di 188 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Terengganu, malam ini. Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 4,737 orang setakat 8 malam ini berbanding 4,278 orang petang tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan dalam kenyatan hari […]

» Baca lanjut

Paras Sungai Tahap Bahaya, Penduduk Di Lima Negeri Diminta Waspada

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Penduduk di lima negeri iaitu Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air di beberapa sungai di negeri-negeri tersebut masih di tahap bahaya. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Pahang, paras air Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang di Bera, […]

» Baca lanjut

Banjir : Kesiapsiagaan Bomba Tahap Optimum Termasuk Hadapi Air Pasang Besar

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berada dalam keadaan optimum sepanjang musim Monsun Timur Laut yang melanda negara ketika ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata jabatan  itu juga dalam keadaan berjaga-jaga khususnya di kawasan pantai barat Semenanjung yang dijangka mengalami fenomena air pasang besar hingga 5 Jan […]

» Baca lanjut

Johor Negeri Terbaharu Dilanda Banjir, Jumlah Mangsa Di Empat Negeri Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Selepas Sabah malam tadi, Johor pula menjadi negeri seterusnya dilanda banjir membabitkan pembukaan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat yang menempatkan seramai 456 mangsa daripada 133 keluarga setakat 8 pagi ini. Jumlah mangsa banjir di empat negeri pula iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan. Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam […]

» Baca lanjut

PM Ajak Rakyat Cipta Sinar Baharu Pada 2022

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan bergelut dengan pandemik COVID-19 di samping menghadapi bencana banjir, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat Malaysia mencipta sinar baharu bagi membina negara bangsa yang lebih baik pada 2022. Meminta rakyat Malaysia bersama-sama beliau dan kerajaan, Perdana Menteri berkata semua pihak harus membuat resolusi untuk meraikan persamaan dan mengetepikan perbezaan […]

» Baca lanjut

Gerak Kerja Dalam Kabinet Harus Jadi Penilaian, Jangan Mudah Buat Kesimpulan – Khairy

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan segala yang diputuskan oleh parti menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) iaitu tidak akan kerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan terus dipegang selain keputusan untuk menyokong Perdana Menteri (PM) di dalam kerajaan sedia ada hari ini. Menurut beliau yang juga Menteri Kesihatan, menteri-menteri daripada UMNO yang […]

» Baca lanjut

Khairy Tegaskan Sumbangan Kepada Kerajaan Mewakili UMNO, Demi Keselamatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sumbangan beliau kepada kerajaan harus dilihat dari sudut bagaimana pelaksanaan tugas dilakukan kerana beliau menjadi menteri yang mewakili UMNO. Oleh itu katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau merangkap Ahli Parlimen terbabit memaklumkan bahawa beliau berusaha menjalankan tugas dengan baik dan itu sumbangan kepada rakyat mewakili parti iaitu […]

» Baca lanjut
1 239 240 241 242 243 418