Siapa Bermaharajalela? Rakyat Jangan Mudah Diperdaya Musuh Politik UMNO/BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan musuh politik UMNO/Barisan Nasional (BN) serta tidak melupakan siapa yang bermaharajalela sewaktu memegang tampuk pemerintahan. Beliau berkata demikian melalui hantaran di laman Facebooknya serta turut berkongsi hantaran video yang dimuat naik oleh BNComms. “Nurul Izzah kata kalau UMNO terus berkuasa, […]

» Read more

Nilai Bantuan Bina Rumah PRKM Dinaikkan – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Nilai bantuan bina baharu Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) yang sebelum ini dikenali Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM68,000 kepada RM79,000 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkan kenaikan itu, berkata bantuan baik pulih pula […]

» Read more

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Diaktifkan Segera Untuk Hadapi Monsun Timur Laut

PUTRAJAYA, 12 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). Beliau berkata keputusan pengaktifan JPBD itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikannya hari ini serta dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd […]

» Read more

PRU15: Tok Mat Belum Putuskan Bertanding Parlimen Mana

SEREMBAN, 10 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan beliau belum membuat keputusan berhubung kerusi Parlimen mana yang mahu ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menurutnya, keutamaan parti ketika ini adalah memperkukuh dan mempersiapkan jentera di seluruh bahagian terlebih dahulu sebelum memutuskan soal pembahagian kerusi dan calon. Malah, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama parti komponen BN dalam […]

» Read more

Program Perantisiswa Terima 65,898 Permohonan Dalam Tempoh Sebulan

KUALA BESUT, 8 Sept – Kerajaan menerima 65,898 permohonan tablet di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi fasa kedua dalam masa sebulan sejak ia mula dibuka pada 1 Ogos lepas. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 45,341 permohonan layak menerima tablet manakala 20,557 permohonan sedang diproses. “Kita mempunyai 1.6 juta keseluruhan pelajar, bagaimanapun […]

» Read more

300 Penunggang Motosikal Sertai Jelajah Sempena Hari Malaysia 2022

MELAKA, 8 Sept – Kembara Hari Malaysia 2022 yang menjelajah seluruh Melaka akan disertai kira-kira 300 penunggang motosikal dari dalam dan luar negeri ini termasuk Singapura pada 16 Sept ini. Pengerusi program berkenaan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kembara sejauh 200 kilometer itu akan berhenti di enam perhentian mewakili setiap Parlimen di negeri itu. Beliau berkata Kembara Hari Malaysia […]

» Read more

Semangat Ahli Akar Umbi Kekal Positif, Terus Mara Berdepan PRU- Rizalman

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar melihat akar umbi bukan sahaja bersemangat malah kekal positif dengan perkembangan politik semasa. Kata beliau ketika merasmikan persidangan tahunan UMNO Cawangan Sri Sabah 3A, Kampung Malaysia Tambahan serta Desa Semarak, Alhamdulillah masing-masing terus komited untuk melangkah ke depan melaksanakan amanah perjuangan parti. “Semalam Tok Man berpeluang […]

» Read more

Bung Moktar Nafi Sakit, Dirawat Di Hospital

KOTA KINABALU, 5 Sept – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan laporan bahawa kini beliau sedang sakit dan dirawat di hospital seperti gambar yang ditularkan di media sosial sejak semalam. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu telah mengesahkan sendiri mengenai keadaan kesihatannya menerusi kenyataan dengan memberitahu beliau sihat dan kini berada di Kuala Lumpur selepas […]

» Read more

Kerajaan Beri Terus Tablet Perantisiswa Kepada Penerima, Tidak Perlu Pulang Balik – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 3 Sept – Kerajaan hari ini memutuskan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian nanti. Mengumumkan perkara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sebelum ini telah menetapkan inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP), yang menyaksikan mahasiswa perlu memulangkannya selepas tamat pengajian. Beliau berkata keputusan […]

» Read more

KPLB Meterai Lanjutan MOU Dengan Elokal Sdn Bhd, Jayakan Desamall@KPLB

ALOR SETAR, 3 Sept – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini memeterai pelanjutan memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Elokal Sdn Bhd bagi menjayakan Program DesaMall@KPLB melalui pembangunan perniagaan usahawan luar bandar. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama itu merangkumi bimbingan dan latihan kepada usahawan luar bandar, pemasaran produk secara dalam talian serta bekerjasama dengan pemain […]

» Read more
1 224 225 226 227 228 426