Pasukan Hospital Medan ATM Digerak Ke Turkiye Awal Pagi Jumaat – Mohamad Hasan

KOTA KINABALU, 9 Feb – Sepasukan Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerak ke Turkiye awal pagi esok untuk mewujudkan hospital medan susulan gempa bumi yang melanda negara itu tiga hari lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata seramai 106 anggota tentera termasuk 41 doktor akan digerak ke negara itu selain kelengkapan termasuk tiga dewan […]

» Read more

Sekretariat Kerajaan Perpaduan Setuju Tubuh Struktur Pimpinan Baharu, Capai Kata Sepakat Bentuk Dasar Kerajaan

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Majlis Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermesyuarat malam ini telah bersetuju untuk membentuk struktur pimpinan termasuk mewujudkan tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, struktur pimpinan tersebut ditubuhkan untuk memastikan setiap dasar kerajaan dipersetujui secara […]

» Read more

70 Anggota Pasukan SMART Berlepas Ke Turkiye Untuk Misi SAR Mangsa Gempa Bumi

SEPANG, 7 Feb – Malaysia menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terjejas. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Wisma Putra dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

» Read more

Gempa Bumi Turkiye: Asyraf Doakan Agar Urusan Pasukan SMART Dipermudahkan

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendoakan agar segala urusan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dipermudahkan bagi membantu kerja-kerja menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye. Beliau turut berharap agar mereka dapat pergi dan pulang dalam keadaan selamat. “Moga Allah permudahkan Pasukan SMART seramai 75 orang yang akan dihantar ke Turkiye […]

» Read more

Mahkamah Sepanyol Sahkan Pembatalan Stampa Sebagai Penimbang Tara Dalam Pertikaian Sulu

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengekalkan pembatalan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mahkamah menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu (penuntut) terhadap pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang […]

» Read more

Banjir: Penilaian Kerosakan Rumah Dilakukan Secara Teliti – Ahmad Zahid

PITAS, 30 Jan – Penilaian kerosakan rumah bagi tujuan memberikan bantuan kepada mangsa banjir akan dilakukan secara terperinci untuk memastikan keutamaan diberikan kepada rumah yang terjejas teruk, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan pejabat daerah dalam melaksanakan penelitian terhadap rumah yang rosak akibat […]

» Read more

Tidak Perlu Laksana Darurat Bencana, Banjir Cuma Libatkan Beberapa Negeri Sahaja – Ahmad Zahid

MERSING, 28 Jan – Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan darurat bencana kerana kejadian banjir ketika ini hanya melibatkan beberapa negeri dan daerah tertentu sahaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sudahpun melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi membantu […]

» Read more

Pembersihan Total Dalam UMNO

Pembersihan total telah dilaksanakan dalam mesyuarat MKT malam tadi. Pembersihan total disebut oleh Zahid semasa sesi Taklimat Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022. Beberapa nama penting terlibat. KJ dan Noh Omar dipecat. Hishamuddin, Shahril Hamdan, Salim Sharif dan Maulizan Bujang digantung enam tahun. Manakala Fathul Bari dikenakan surat tunjuk sebab. Apakah ini mengejutkan. Parti kena berani sebagaimana mereka yang dipecat […]

» Read more

Ketepi Perintah Waris Kesultanan Sulu, Tahniah Pasukan Peguam Pertahan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pasukan peguam yang dibentuk oleh Jabatan Peguam Negara di atas kejayaan awal Malaysia dalam mengetepikan Perintah Penahanan terhadap aset dan kepentingan strategik negara yang difailkan oleh waris kesultanan Sulu di mahkamah Luxembourg bersabit tuntutan mereka berjumlah $14.92 billion. Menurut beliau kejayaan awal […]

» Read more
1 208 209 210 211 212 426