Pemilihan UMNO: Teruskan Perjuangan Bersama UMNO – Yakub Khan

KOTA KINABALU, 8 Mac – Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan mengingatkan semua calon-calon yang bertanding dalam Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 untuk kekal dalam perjuangan parti sekalipun selepas ini tewas dalam pertandingan. Ini kerana katanya, yang menang tidak menang semua dan kalah pun sedemikian maka sewajarnya teruskan perjuangan bersama-sama. “Bagi kami di Sabah kalau tak boleh diberi peluang semuanya […]

» Baca lanjut

Keupayaan Mesin Pengimbas Laluan Masuk Negara Akan Ditingkatkan – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 7 Mac – Kerajaan akan memastikan keupayaan mesin pengimbas di semua laluan masuk di negara ini dapat ditingkatkan untuk membasmi kegiatan penyeludupan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Sehubungan itu, katanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengenal pasti semua kaedah untuk memastikan sistem pengimbas di laluan masuk di seluruh negara ini, termasuk di pelabuhan, […]

» Baca lanjut

Ahli UMNO Harus Hayati Kembali Susur Jalur Sejarah, Kembalikan Nilai Perjuangan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 6 Mac – Ahli-ahli UMNO di negeri ini diajak untuk kembali merenung serta menginsafi susur jalur sejarah perjuangan parti keramat yang banyak memberikan jasa serta sumbangan kepada bangsa, agama dan negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO bukan sekadar sebuah parti politik tetapi sebuah institusi yang tercetus selepas berakhirnya perang dunia […]

» Baca lanjut

Mesyuarat Terakhir, Asyraf Ucap Terima kasih Kepada Keluarga Besar Pemuda UMNO

KOTA KINABALU, 5 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih kepada keluarga besar Pemuda UMNO dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan yang dilakukan sepanjang mengetuai pergerakan tersebut. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa mesyuarat terakhir Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi sesi 2018-2023 diadakan di Ibu Pejabat UMNO […]

» Baca lanjut

Kumpulan Sulu Buat Tuntutan Di Mahkamah Untuk Dapatkan Wang – Azalina

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan Kumpulan Sulu yang memfailkan tuntutan melalui prosiding arbitrasi, adalah untuk mendapatkan wang. Beliau turut mempersoalkan mengapa Kumpulan Sulu itu membuat tuntutan mereka melalui prosiding arbitrasi dan bukannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). “Saya rasa locus itu perlu dipersoalkan, maknanya […]

» Baca lanjut

‘Pendakwaan Terpilih’: PN Dan Muhyiddin Hipokrit – Mohd Shukry

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan bahawa pertuduhan sedang dihadapi anggota mereka adalah pendakwaan terpilih membuktikan betapa hipokritnya mereka. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selayang, Mohd Shukry Roslan berkata, taktik menyalahkan UMNO sudah menjadi rutin bagi musuh-musuh parti untuk menutup kesalahan mereka sendiri. “Kata-kata daripada Muhyiddin Yassin ini membuktikan betapa hipokritnya PPBM dan juga PN. […]

» Baca lanjut

Kumpulan Sulu: Ketidakstabilan K’jaan, Politik Bergolak Buka Ruang Negara ‘Diserang’- Azalina

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketidakstabilan kerajaan dan pergolakan politik dalam negara akan memberi ruang kepada Kumpulan Sulu untuk ‘menyerang’ dan merampas lebih banyak aset negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman. Beliau berkata tindakan kumpulan itu yang mengganggu gugat harta negara, bertujuan menakutkan rakyat dan merompak aset negara. “Mereka melihat kalau […]

» Baca lanjut

UMNO Kinabatangan Tidak Terjejas Meskipun Ada Pemimpin Dan Ahlinya Keluar Parti – Titing

SANDAKAN, 23 Feb – Tindakan beberapa orang ahli UMNO dari bahagian Kinabatangan keluar parti dan menyertai Pakatan Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diketuai oleh Datuk Juhari Janan hari ini tidak memberikan kesan terhadap UMNO bahagian itu. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk OKK Titing Putang berkata, isu tersebut tidak menjejaskan langsung ‘mood’ dan semangat juang ahli parti yang lain […]

» Baca lanjut

Pemilihan Matlamat Kembalikan Kekuatan UMNO Untuk Depani Enam PRN – Fathulbari

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Saingan musim pemilihan pada kali ini cukup hebat dengan satu matlamat iaitu mengembalikan kekuatan UMNO. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Fathulbari Mat Jahya berkata, parti perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal tiba tidak lama lagi. “Saya kira saingan kali ini cukup hebat dan rancak memandangkan […]

» Baca lanjut
1 199 200 201 202 203 419