Kenyataan Peribadi Pemimpin Parti Tidak Gambar Pendirian BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kenyataan mana-mana pemimpin utama daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak menggambarkan pendirian rasmi gabungan itu terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam situasi genting terutamanya menjelang PRN di enam negeri, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti komponen yang bertenangan dengan […]

» Baca lanjut

Tuntutan Sulu: Tiada Mekanisme Pengawasan Sebabkan Proses Timbang Tara Disalah Guna – Azalina

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketiadaan mekanisme pengawasan dan kegagalan penimbang tara mematuhi standard etika dan profesional yang tegas telah menyebabkan proses timbang tara disalahgunakan untuk mengancam negara-negara berdaulat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata mekanisme pengawasan adalah penting untuk memastikan penimbang tara berpegang kepada standard etika yang ketat bagi mengelakkan […]

» Baca lanjut

Tindakan Kerajaan Tarik Balik Arahan LPPB Pengosongan Rumah Tepat, Berperikemanusiaan – Bung

KOTA KINABALU, 24 Jun – Langkah kerajaan negeri Sabah menarik balik arahan daripada Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) agar mengosong rumah bagi penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) melebihi 10 tahun tepat dan berperikemanusiaan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam sidang medianya kelmarin […]

» Baca lanjut

Keberadaan Dalam Kerajaan Perpaduan Tak Cairkan Identiti Perjuangan UMNO – SUA

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata UMNO telah membuktikan keberadaan dalam Kerajaan Perpaduan tidak sesekali mencairkan identiti perjuangan parti. Jelas beliau ini seiring dengan Perlembagaan UMNO Fasal 3.1 untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan ajaran Islam sebagai agama Persekutuan tanpa mengurangkan penghormatan kepada agama dan bangsa lain. “UMNO sebagai parti tunjang orang Islam […]

» Baca lanjut

Puteri UMNO Ulangi Pendirian, Mohon Ditetapkan Bayaran Elaun ‘Intern’ Pelajar

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengulangi pendirian agar kerajaan menetapkan kadar bayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di syarikat dan agensi swasta. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata ini ini rentetan daripada ucapan dasar dibawa beliau pada ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Puteri yang lalu. “Dalam ucapan Dasar Ketua Puteri pada Perhimpunan Agung […]

» Baca lanjut

Lokman Adam Bebas Tuduhan Sebar Berita Palsu Mengenai Vaksin, COVID-19

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin pada 2021. Hakim Nor Hasniah Ab Razak membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dihadapi […]

» Baca lanjut

Isu Tuntutan Kumpulan Sulu: Peguam Yakin Malaysia Ada Peluang Menang – Azalina

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketika ini, beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan […]

» Baca lanjut

Usaha Kolektif Kerajaan Negeri Bantu Ekonomi Johor Jadi Lebih Kukuh

JOHOR BAHRU, 22 Jun – Usaha kolektif kerajaan negeri Johor dan agensi-agensi berkaitan pasca pandemik telah berjaya menempatkan ekonominya pada kedudukan yang lebih kukuh, kata Menteri Besarnya Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau yang memetik beberapa statistik berkata, ekonomi Johor berkembang secara positif dan di antara negeri yang paling kukuh di Malaysia. “Selaras dengan kesederhanaan ekonomi di peringkat nasional, kami menjangkakan ekonomi […]

» Baca lanjut

Kembalikan Maruah UMNO Dengan Terus Berjuang Perkukuh Parti – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 22 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin kepimpinan baharu UMNO Bahagian Beluran mampu memulihkan imej serta maruah parti khususnya di bahagian itu untuk untuk bangkit dan terus berjuang memperkasakan parti. Katanya, Bahagian Beluran sebelum ini merupakan wilayah UMNO namun tercalar atas sikap pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan parti […]

» Baca lanjut
1 186 187 188 189 190 419