Puteri UMNO Ulangi Pendirian, Mohon Ditetapkan Bayaran Elaun ‘Intern’ Pelajar

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengulangi pendirian agar kerajaan menetapkan kadar bayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di syarikat dan agensi swasta.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata ini ini rentetan daripada ucapan dasar dibawa beliau pada ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Puteri yang lalu.

“Dalam ucapan Dasar Ketua Puteri pada Perhimpunan Agung tempoh hari Along ada membangkitkan isu elaun minimum ‘intenship’ yang tidak selaras antara kerajaan dan swasta.

“Kami juga mencadangkan agar kerajaan dapat menetapkan kadar bayaran elaun kepada pelajar yang manjalani intern di syarikat dan agensi swasta,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau dalam pada itu turut sama meluahkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil perhatian terhadap isu ini setelah ianya membelenggu para pelajar sejak sekian lama.

“Terima kasih atas perhatian pihak kerajaan, diharap dapat membuat ketetapan segera agar pelajar-pelajar ini menerima bayaran elaun yang setimpal,” ujar beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata bayaran yang terlalu rendah oleh majikan terhadap pelajar yang sedang menjalani latihan industri atau ‘internship’ dianggap tidak munasabah.

Menurut beliau lagi, majikan seharusnya mempertimbangkan untuk membayar jumlah yang sekurang-kurangnya mampu menampung kos perjalanan atau perbelanjaan harian pelajar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.