Temu Anwar Di UTM Skudai Ahad Ini

JOHOR BAHRU, 1 Sept – Program dialog Temu Anwar yang memberi ruang kepada masyarakat, khususnya anak muda, untuk mengutarakan soalan secara langsung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, dekat sini, Ahad ini. Anwar, menerusi hantaran di Facebook mengajak orang ramai menyertai program tersebut. “Ayuh warga Johor Bahru ikut […]

» Baca lanjut

Jasa UMNO Amat Signifikan Dalam Mencapai Kemerdekaan Negara – Bung

KOTA KINABALU, 31 Ogos – Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, UMNO memainkan peranan yang signifikan dan besar dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada keangkuhan penjajah. Katanya, kejayaan membawa kemerdekaan kepada tanah air pada 31 Ogos 1957 antara kejayaan terbesar UMNO yang tidak akan sesekali dilupai. Menurut Bung, UMNO melakukannya semata-mata kerana sayangkan negara demi memastikan masa […]

» Baca lanjut

Menteri Kabinet Ucap Selamat Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Para menteri Kabinet menerusi media sosial mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia hari ini. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selain mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan, beliau turut berharap Malaysia kekal maju, makmur dan sejahtera. Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula melahirkan penghargaan kepada pekerja sektor pengangkutan yang sanggup meredah cuaca mencabar berjam-jam, demi […]

» Baca lanjut

Keikhlasan Bersama Berjuang Demi Masa Depan Rakyat Jadi Elemen Penting UMNO – Jeffery

KOTA KINABALU, 28 Ogos – Perbincangan dengan mana-mana parti untuk bergabung sememangnya tindakan awal yang dilakukan oleh UMNO Sabah dalam menghadapi cabaran akan datang tetapi elemen penting telah ditetapkan iaitu keikhlasan bersama demi masa hadapan negeri dan rakyat. Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata kejujuran dalam membentuk kesepakatan amat penting kerana ia akan menyumbang kepada situasi […]

» Baca lanjut

Pembangkang Bawa Naratif Lebih Sudu Dari Kuah, Remehkan Kebaikan Demi Raih Sokongan – Noraini

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu menyaksikan manipulasi dimainkan pembangkang sebagai strategi mendapat sokongan rakyat. Jelas beliau, mereka melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan termasuk menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat khususnya di negeri yang dimenangi mereka. ”Kita maklum yang dalam PRN baru-baru ini, UMNO dan Barisan Nasional […]

» Baca lanjut

Bung Moktar Minta Bahagian Dan Cawangan UMNO Lakukan Perancangan Rapi Dekati Pengundi Muda

KOTA KINABALU, 23 Ogos – Semua bahagian dan cawangan UMNO di negeri ini diminta agar melakukan perancangan rapi bagi mengenal pasti dan mendekati pengundi muda 18 tahun di kawasan masing-masing yang kadarnya setiap hari akan bertambah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebaik saja pendafaran secara automatik (PSSA) dikuatkuasakan bagi pengundi muda 18 pada Disember […]

» Baca lanjut

Ahli-ahli UMNO Perlu Matang, Tolak Adu Domba Runtuhkan Parti – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa ahli-ahli UMNO untuk berfikir secara matang berkaitan situasi politik semasa dengan menolak adu domba pihak lawan yang sengaja mahu meruntuhkan parti. Katanya, usia UMNO sudah melebihi 77 tahun dan sepanjang usianya UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan mendepani pelbagai krisis namun hari ini berada dalam penolakan […]

» Baca lanjut

Pamer Prestasi Baik Tadbir Negara, Kembalikan Keyakinan Rakyat Pada UMNO/BN – Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam yakin bahawa rakyat Malaysia akan kembali menyokong UMNO/Barisan Nasional (BN) sekiranya parti ini menunjukkan yang prestasi baik semasa mentadbir negara di bawah Kerajaan Perpaduan. Jelasnya, sekiranya UMNO konsisten mempertahankan empat perkara asas yang menjadi perjuangan, rakyat akan nampak bahawa parti itu tidak pernah mengenepikan prinsip meskipun terpaksa […]

» Baca lanjut

Teruskan Tekad Perkukuh UMNO, Jangan Terperangkap Desakan Lemahkan Parti – Jamal

KOTA KINABALU, 23 Ogos – Ahli-ahli UMNO termasuklah kepimpinan semua peringkat hinggalah ke anggota akar umbi perlu terus fokus dalam tekad mengembalikan usaha memperkukuh parti dan tidak terperangkap dengan cabaran masa kini, kata Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi. Katanya, pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini adalah cabaran yang amat besar kepada anggota parti dalam memastikan kesepakatan dan kesepaduan […]

» Baca lanjut

Perbezaan Pandangan Dirai, Semangat Ukhuwah Kekeluargaan UMNO Jadi Pegangan Utama

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perbezaan pandangan adalah kebiasaan selagi mana ianya membawa manfaat kepada masa hadapan parti. Jelas beliau, namun ianya perlu dilakukan berlandaskan semangat ukhuwah kekeluargaan UMNO yang menjadi pegangan utama parti keramat ini. “Berbeza pandangan tidak mengapa kerana akhirnya apa yang hendak kita bincang, capai […]

» Baca lanjut
1 177 178 179 180 181 418