Pesta Kaamatan, Hari Gawai: Pentingnya Pertahan, Hargai Kepelbagaian – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Pesta Kaamatan dan Hari Gawai mengingatkan kita tentang pentingnya mempertahankan dan menghargai kepelbagaian di samping mengukuhkan jalinan persaudaraan antara kita. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, kedua-dua perayaan tersebut menjadi simbol kepelbagaian budaya yang menjadi aset penting kepada negara. “Hari ini, saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak […]

» Baca lanjut

Jati Diri Melayu/Islam Adalah Landas Perjuangan, DNA Yang Mengalir Dalam UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Jati diri Melayu/Islam adalah landas perjuangan dan DNA yang mengalir dalam UMNO, namun terbuka kepada kerjasama dengan semua kaum demi menjayakan aspirasi nasional. Menurut Ketua UMNO Bahagian Selayang Datuk Hasnal Rezua Merican, UMNO sebagai parti teras masyarakat Melayu membawa parti-parti pelbagai kecenderungan dan idealisme untuk mengambil posisi politik sederhana serta mendakap aspirasi nasional. “Keberadaan UMNO […]

» Baca lanjut

Jangan Malu Cerita Wajah Sebenar Malaysia Dari UMNO – Sharif Musa

LAHAD DATU, 27 Mei – Ahli UMNO jangan malu dan segan untuk memperjuangkan parti keramat ini, kerana lihat wajah Malaysia hari ini adalah realiti sebenar perjuangan parti. Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul yang mahu ahli-ahli UMNO terus memanfaatkan peluang dengan menceritakan realiti sebenar UMNO. “Bagitahu mereka di luar sana, ini wajah UMNO sebenar… lihat […]

» Baca lanjut

UMNO/BN Perlu Bekerja Lebih Keras… Raih Semula Sokongan Pengundi

TAPAH, 24 Mei – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dan mempergiatkan usaha agar dapat meraih sokongan pengundi di negeri-negeri yang pernah ditakluki dan seterusnya membentuk Kerajaan dalam pilihan raya kelak. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pada ketika ini hanya empat negeri yang menteri besarnya adalah daripada UMNO. “Kita ada 14 negeri di […]

» Baca lanjut

JKDM Akan Jadi Perantara Dalam Usaha Membangun Modal Insan – Jeffery Nor

PUTATAN, 24 Mei – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) akan menjadi perantara dalam membangun modal insan sekurang-kurangnya bagi membantu masyarakat keluar dari tahap kemiskinan khususnya untuk mereka yang tinggal di pinggir bandar dan kawasan kampung. Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, kerajaan pusat telah melaksanakan pelbagai program namun dengan […]

» Baca lanjut

Malaysia, Hong Kong Setuju Manfaatkan Aspek Ekonomi, TVET

HONG KONG, 24 Mei – Malaysia dan Hong Kong telah mencapai beberapa persetujuan antaranya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan ekonomi bagi manfaat kedua-dua pihak. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dicapai semasa pertemuannya bersama Ketua Eksekutif dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka Chiu, di sini […]

» Baca lanjut

Pemuda UMNO Sokong Pelaksanaan Subsidi Diesel Bersasar, Seperti Dicadang BN 10 Tahun Lalu

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong hasrat kerajaan berkenaan pelaksanaan subsidi diesel bersasar. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan, iaitu seperti mana dicadangkan ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan sebelum ini. “Kami menyokong penuh tindakan kerajaan untuk menyasarkan subsidi diesel yang mana subsidi bersasar kepada golongan […]

» Baca lanjut

Ada Parti Mahu Ganti UMNO? Mustahil… Asas Perjuangan, Khidmat Jasa Tidak Sama

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata adalah mustahil jika ada parti yang bercita-cita mahu mengganti dan mengambil alih peranan yang selama ini dibawa oleh UMNO. Tegasnya, selama ini mereka yang meniru tidak mampu untuk menandingi jasa dan khidmat UMNO kepada rakyat sejak 78 tahun penubuhannya walaupun pernah diberi peluang […]

» Baca lanjut

Berhentilah Berteriak Salahkan Sana Sini, Fokus Utamakan Kepentingan Rakyat – Awang Aslee

KOTA KINABALU, 22 Mei – Semua pihak digesa untuk fokus kepada kepentingan rakyat dan menolak agenda peribadi khususnya menggunakan politik semata-mata. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, sekarang rakyat Sabah perlukan pembelaan malah menagih pembangunan dengan pelbagai infrastruktur khususnya bekalan air, elektrik dan jaringan jalan raya. Lantaran itu katanya, dengan adanya pewujudan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) […]

» Baca lanjut
1 150 151 152 153 154 417