Presiden UMNO Tegaskan Usah Layani Kehendak Gunting Dalam Lipatan

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Agenda memperkukuh semula UMNO perlu diutamakan setelah ‘terpukul’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbanding melayani kehendak individu yang bersifat ‘gunting dalam lipatan,’ kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah politiknya apabila hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi pada […]

» Baca lanjut

PAU 2022 Gambaran ‘Way Forward’ UMNO Pasca PRU ke-15 – Mohd Sharkar

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada kali ini sepatutnya berlangsung sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, maka usul-usul dari bahagian agak kurang relevan kecuali berlakunya pindaan perlembagaan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Jelasnya, isu dan gambar yang akan dibawa oleh negeri-negeri adalah gambaran way forward selepas UMNO/Barisan Nasional […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO Dibangkitkan Pihak Luar Untuk Keruhkan Suasana – Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil menegaskan tidak timbul soal pindaan perlembagaan bagi membolehkan jawatan tertinggi di dalam parti tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO kali ini dan beliau melihat ia hanyalah dibangkitkan oleh mereka yang mahu mengeruhkan suasana di dalan parti tersebut. Jelas beliau perkara itu yang berlegar hari ini berkemungkinan dibawa oleh mereka yang bukan […]

» Baca lanjut

UMNO Perlu Buang Stigma Parti Rasuah Untuk Bangkit Semula – Isham

KUALA LUMPUR, 5 Jan – UMNO perlu berusaha membetulkan stigma masyarakat terhadap parti itu yang sering didakwa mengamalkan rasuah sekiranya mahu bangkit semula selepas berdepan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berkata sepanjang 60 tahun menjadi parti dominan, UMNO sering menjadi sasaran diserang dengan isu rasuah sehingga ideologi itu berjaya ditanam dalam fikiran […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO: Ahmad Zahid Bersikap Terbuka, Sedia Dicabar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau terbuka untuk dicabar oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia bagi memberi peluang kepada kira-kira 160,000 perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan […]

» Baca lanjut

Mengikut Perlembagaan UMNO Sesiapa Boleh Bertanding Dalam Pemilihan Parti – Isham Jalil

SEREMBAN, 5 Jan – Mengikut Perlembagaan UMNO, sesiapa yang mahu bertanding di dalam pemilihan parti tidak boleh dihalang termasuklah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil. Jelasnya, meskipun ada beberapa bahagian mengusulkan supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan pada pemilihan kelak, ianya masih perlu ditaruhkan seperti termaktub dalam perlembagaan parti. “Selepas kita berbincang, kita […]

» Baca lanjut

Isu Pemilihan Dibangkit Untuk Huru-Harakan UMNO Sebelum Hadapi PRN – Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Isu pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dibangkitkan untuk menghuru-harakan parti sebelum menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlaku tidak lama lagi. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berpendapat isu tersebut lantang dibangkitkan oleh orang luar parti supaya berlaku pergolakan dalaman di dalam parti akar umbi itu. “Tentang isu jawatan Presiden dan Timbalan […]

» Baca lanjut

Belanjawan Johor 2023 Bukti Kerajaan Tadbiran BN Komited, Bertanggungjawab Terhadap Rakyat

JOHOR BAHRU, 2 Dis – Kerajaan negeri Johor semalam telah membentangkan Belanjawan Johor 2023 yang bertemakan “Maju Johor: Makmur Bersama Rakyat”. Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata Belanjawan Negeri Johor yang dibentangkan oleh menteri besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi mencerminkan kerajaan yang sentiasa cakna dengan keutamaan negeri dan juga keprihatinan kepada […]

» Baca lanjut

UMNO Perlu Kembali Kepada Disiplin Dan Hieraki Parti – Johari

KUALA LUMPUR, 28 Nov – KUALA LUMPUR, 1 Nov – Bendahari Pemuda UMNO Malaysia, Johari Yazid menekankan bahawa UMNO perlu kembali kepada displin dan hierakinya untuk menstabilkan parti. Ujar beliau, anggota parti harus belajar dari situasi lalu iaitu Perdana Menteri (PM) yang dilantik bukannya Presiden parti dan secara tidak langsung mengundang pelbagai masalah dalaman parti. Beliau berkata demikian ekoran perkembangan […]

» Baca lanjut

Bajet 2023 Tumpuan Dewan Rakyat Kali Ini

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Pembentangan Bajet 2023 menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 yang dijadual bersidang selama 32 hari bermula Isnin ini (3 Okt) hingga 29 Nov. Berdasarkan laman sesawang Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 itu bakal dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 4 petang, 7 Okt. Bajet 2023 […]

» Baca lanjut
1 40 41 42 43 44 61