Mahkamah Batalkan Empat Pertuduhan Terhadap Azeez Rahim

PUTRAJAYA, 5 Sept – Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menolak rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan sembilan pertuduhan […]

» Read more

Bung Moktar Nafi Sakit, Dirawat Di Hospital

KOTA KINABALU, 5 Sept – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan laporan bahawa kini beliau sedang sakit dan dirawat di hospital seperti gambar yang ditularkan di media sosial sejak semalam. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu telah mengesahkan sendiri mengenai keadaan kesihatannya menerusi kenyataan dengan memberitahu beliau sihat dan kini berada di Kuala Lumpur selepas […]

» Read more

Usah Diputar Belit, Berlagak Suci Dan Mengelirukan Orang Ramai – Suraya

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Suraya Yaacob menasihatkan Pas agar lebih ikhlas dan bercakap benar kepada rakyat tentang soal jemputan atau kehadiran kepimpinan UMNO ke Muktamar Pas 2022. Tegas beliau usah diputar belit, berlagak suci atau ‘play victim’ dalam soal ini, dan mengelirukan orang ramai mengenai hal sebenar yang berlaku dengan menyalahkan kepimpinan UMNO. Menjelaskan […]

» Read more

Tiada Pemimpin UMNO Berunding Dengan PAS – Mohamad Hasan

REMBAU, 3 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang rundingan oleh mana-mana pemimpin UMNO dengan PAS ketika ini seperti didakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) setakat ini telah membuat keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15. “Tidak tahulah beliau berunding dengan siapa tetapi dengan […]

» Read more

Tok Mat Mahu Pertahan Kerusi DUN Rantau, Tanding Parlimen Pada PRU15

REMBAU, 3 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15. Penyandang kerusi DUN Rantau sejak tahun 2004 itu optimis mahu mempertahankannya dan yakin pengundi di situ, yang mencerminkan imbangan penduduk berbilang kaum di Malaysia, akan terus memberi sokongan kepada BN. “Pengundi Melayu […]

» Read more

KPLB Meterai Lanjutan MOU Dengan Elokal Sdn Bhd, Jayakan Desamall@KPLB

ALOR SETAR, 3 Sept – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini memeterai pelanjutan memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Elokal Sdn Bhd bagi menjayakan Program DesaMall@KPLB melalui pembangunan perniagaan usahawan luar bandar. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama itu merangkumi bimbingan dan latihan kepada usahawan luar bandar, pemasaran produk secara dalam talian serta bekerjasama dengan pemain […]

» Read more

Kedah Diminta Ambil Tindakan Sewajarnya Terhadap Kolam Musang King Di Baling – Ismail Sabri

BALING, 1 Sept – Kerajaan Negeri Kedah diminta mengambil tindakan sewajarnya berhubung kolam takungan air projek durian “musang king” di Gunung Inas di sini bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau difahamkan terdapat tiga kolam takungan besar yang membimbangkan penduduk daerah ini sekiranya pecah seterusnya boleh mengakibatkan bencana. “Kita faham penduduk bimbang […]

» Read more

Tinjauan 12 Negeri, Mohamad Yakin Jentera BN Siap Siaga Depani PRU15

  KUALA LUMPUR, 1 Sept – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yakin bahawa BN bersedia mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 jika diadakan bila-bila masa sahaja. Beliau berkata demikian setelah melihat sendiri tahap kesiapsiagaan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya selepas selesai melakukan tinjauan di 12 negeri Semenanjung Malaysia dengan yang terakhir di Pahang pada […]

» Read more

Keluarga Malaysia Teguh Bersama, Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Luar Biasa – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum yang menyertai dan menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, di sini hari ini berjaya menterjemahkan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata jumlah pengunjung yang di luar jangkaan adalah disebabkan keterujaan rakyat selepas dua tahun tidak […]

» Read more

Tidak Guna Dana Untuk Kepentingan Peribadi Walaupun Saya Pengasas YAB – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak menyeleweng dana Yayasan Akalbudi (YAB) untuk kepentingan peribadi walaupun beliau adalah pengasas yayasan itu. Ahmad Zahid, 69, berkata dana yayasan itu digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) atau objektif YAB. “Saya tidak boleh menggunakan dana yayasan […]

» Read more
1 93 94 95 96 97 309