Menteri, Timbalan Menteri GPS Akan Bantu Calon Kerajaan Perpaduan Dalam PRN

KUCHING, 16 Julai – Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberi sokongan penuh bagi membantu calon daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan yang bertanding semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu di sini malam tadi. Beliau […]

» Baca lanjut

Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Pihak Sentuh 3R

SUNGAI PETANI, 15 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap parti politik perlu menggunakan fakta untuk menyatakan sesuatu pandangan ketika berkempen dan bukannya dengan cara yang tidak mempunyai ‘akhlak politik’ walaupun berbeza pendapat. Presiden UMNO itu berkata perbuatan tersebut hanya akan memberi gambaran yang negatif bukan sahaja kepada pengundi tetapi juga rakyat keseluruhannya […]

» Baca lanjut

Perlu Wujud Akta Baharu, Hukum Pihak Guna Isu 3R Secara Sivil – Azalina

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan satu akta baharu bagi menghukum pihak yang mempermainkan isu 3R (agama, raja dan kaum) daripada aspek sivil. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata akta baharu itu, yang mungkin dinamakan Akta Negara dan Bangsa, adalah berfungsi seperti Akta Keharmonian Kaum di Singapura tetapi […]

» Baca lanjut

Depani PRN… Dr Asyraf Gesa Ahli UMNO Tolak Propaganda PN

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa semua ahli UMNO untuk menolak apa jua jenis propaganda yang sengaja ditimbulkan oleh pihak lawan iaitu Perikatan Nasional (PN) terutamanya dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Tegasnya, propaganda yang sering dimainkan oleh PN ini meliputi isu kerjasama Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) untuk […]

» Baca lanjut

PRN Enam Negeri: BN Umum Calon 21 Julai

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 21 Julai ini. Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi. “Untuk BN, kita akan umumkan pada 21 Julai malam […]

» Baca lanjut

Internet Pantas Di Kawasan FELDA Bantu Peneroka Pasar Produk

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Perkhidmatan internet pantas atau capaian rangkaian 5G di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan membantu peneroka memasarkan produk mereka, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata dengan perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dalam dan luar negara serta turut terlibat dalam e-dagang. “Internet merupakan perkara yang […]

» Baca lanjut

PRN: Kerajaan Perpaduan Telah Muktamadkan Pembahagian Kerusi Di Enam Negeri

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan telah memuktamadkan pembahagian kerusi di enam negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut malam ini. “(Pembahagian kerusi) telah dimuktamadkan di semua negeri, ada satu dan dua negeri sahaja (yang ada persoalan) kita akan […]

» Baca lanjut

Sokongan Masyarakat Orang Asli Kepada BN 90 Peratus – Ramli

SEREMBAN, 11 Julai – Sokongan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu 90 peratus dan akan terus diperkukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor. Beliau yang merupakan wakil rakyat dalam kalangan Orang Asli berkata BN sebuah parti yang komited dalam memperjuangkan hak dan keistimewaan komuniti itu dan berharap sokongan berkenaan […]

» Baca lanjut

PRN: UMNO Sedia Kemuka Calon Bagi Kerusi DUN Jeram Padang – Jalaluddin

SEREMBAN, 11 Julai – UMNO Negeri Sembilan bersedia untuk mengemukakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, selepas MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias, bagaimanapun berkata perkara itu perlu dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum sebarang keputusan dibuat. “UMNO bersedia menghantar […]

» Baca lanjut

Tuduhan Guna Kedudukan Bagi Suapan: Tiada Diskriminasi Terhadap Muhyiddin – Pendakwaan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersifat diskriminasi terhadap bekas Perdana Menteri itu. Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah ini kerana kesemua pertuduhan itu telah memenuhi Seksyen 152, 153, […]

» Baca lanjut
1 56 57 58 59 60 309