Penjaja, Peniaga Di Melaka Diwajibkan Carum Perkeso Berkuat Kuasa Disember 2023

MELAKA, 14 Sept – Semua penjaja dan peniaga di Melaka akan diwajibkan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial, berkuat kuasa Disember tahun ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata caruman berkenaan perlu dilakukan golongan berkenaan sekiranya ingin memohon lesen perniagaan baharu atau memperbaharui lesen menerusi empat pihat berkuasa tempatan iaitu Majlis […]

» Read more

Zahid Serah Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ambil Langkah Pencerahan Isu DNAA

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berhubung langkah yang akan diambil jawatankuasa itu ke arah pencerahan berhubung isu keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) beliau daripada pertuduhan di mahkamah. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi […]

» Read more

Jejambat Hubungkan Lebuhraya Di Paroi-Senawang Akan Dibina Atasi Kesesakan – Jalaluddin

SEREMBAN, 12 Sept – Satu jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Paroi dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Senawang di sini akan dibina dalam masa terdekat membabitkan kos awalan RM950 juta, kata Exco Kanan Kerajaan negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias. Beliau yang juga pengerusi LLM berkata projek itu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di laluan pintu masuk utama […]

» Read more

Garis Panduan Kendali Kes Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Dikemas Kini Tahun Depan – Azalina

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Malaysia akan dikemas kini dengan versi baharu pada Januari tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata ini bagi mengambil kira perkembangan terkini berhubung pindaan undang-undang dan teknologi maklumat. “Ia termasuklah mengambil kira […]

» Read more

Rakyat Perlu Rasional Tepis Persepsi, Semak Fakta Babit Undang-undang Dan Kehakiman – Peguam

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Peguam, Mohamad Fakhzan Md Noor berpandangan rakyat pada masa kini tidak perlu terlalu terpengaruh dengan permainan persepsi yang dicipta pihak tertentu. Katanya, rakyat perlu rasional dalam membezakan antara pandangan dan persepsi terutama membabitkan Undang-undang dan Kehakiman negara. “Masalah besar sekarang ini adalah persepsi, di luar sana kita gagal untuk membezakan di antara fakta dan pendapat […]

» Read more

Lapan Fokus Utama Rangka Bajet 2024 Melaka – Ab Rauf

MELAKA, 11 Sept – Lapan fokus akan diberi keutamaan dalam merangka Bajet 2024 negeri Melaka sebagai usaha memastikan rakyat pada semua peringkat masyarakat mendapat manfaat. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penekanan pada lapan fokus itu juga bertujuan melonjakkan tahap pencapaian ekonomi, menjana pertumbuhan lebih rancak, mewujudkan kesejahteraan sosial serta memastikan semua kelompok masyarakat, khususnya B40, dilindungi. […]

» Read more

Presiden UMNO Pertama Ke Konvensyen DAP: “Orang Berbudi, Kita Berbahasa” – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 10 Sept – “Orang berbudi, kita berbahasa,” itu kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kehadirannya buat pertama kali ke Konvensyen DAP 2023, pagi tadi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau menyantuni pelawaan DAP yang kini sebahagian daripada gagasan Kerajaan Perpaduan dan mengakui terkejut dengan sambutan dan sorakan yang diberikan ketika […]

» Read more

Negeri Sembilan Perlu Ada Kilang Pengeluaran Beras Sendiri – Exco

SEREMBAN, 10 Sept – Terdapat keperluan mewujudkan kilang pengeluaran beras sendiri di Negeri Sembilan bagi menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias. Beliau berkata pada masa sama, usaha terhadap penanaman padi di Kuala Pilah, Jelebu, Jempol dan Gemas juga perlu digiatkan. “Saya sudah minta supaya […]

» Read more

PRK Pulai: Kemenangan Suhaizan Bukti Rakyat Iktiraf Kerjasama PH-BN

JOHOR BAHRU, 9 Sept – Suhaizan Kaiat, yang menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai, malam ini berkata kemenangan beliau adalah bukti penerimaan rakyat di kawasan itu sekali gus mengiktiraf kerjasama gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata kemenangan tersebut juga bermakna beliau perlu memikul satu amanah yang […]

» Read more

Kemenangan Di Simpang Jeram Hasil Kerjasama Kukuh BN-PH – Ir Nazri

MUAR, 9 Sept – Nazri Abdul Rahman menyifatkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram hari ini sebagai hasil kerja keras dan kerjasama kukuh antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata keputusan itu sekali gus menghapuskan stigma bahawa kerjasama kedua-dua gabungan tidak diterima oleh pengundi di kawasan tersebut, […]

» Read more
1 49 50 51 52 53 311