Pembangkang Kemuka Usul Bahas Insiden Kuil Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Nov –  Pembangkang hari ini mengemukakan usul menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan insiden kekecohan di Kuil Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Selangor. Ketua WHIP Barisan Nasional, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa berharap Speaker Datuk Mohamad […]

» Read more

Himpunan 8 Disember Ini Himpunan Aman Rakyat Cintakan Keamanan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Himpunan aman 8 Disember depan dilihat sebagai penzahiran kepada kecintaan suasana aman dan harmoni yang selama ini dinikmati oleh rakyat Malaysia, demikian menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Justeru beliau menyeru seluruh rakyat serta pelbagai pendokong  parti politik baik UMNO mahupun Pas serta NGO lain untuk turun bersama-sama dengan berpakaian putih tanpa […]

» Read more

Apa Yang Guan Eng Cuba Sembunyikan? Tuduh Ada Pihak Guna Isu ICERD Bangkitkan Sentimen Melayu – Tun Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menemui ketua pengarang akhbar berbahasa Cina dan memberi peringatan bahawa beberapa parti politik dan individu-individu sedang memainkan sentimen masyarakat Melayu dengan menggunakan isu ICERD dan isu-isu perkauman lain adalah amat mendukacitakan, demikian kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad. Jelas beliau, tindakan Lim bertemu dengan pengarang-pengarang akhbar […]

» Read more

Perbuatan Sebar Agama Lain Selain Islam Satu Kesalahan

KUANTAN, 22 Nov – Tindakan biadap beberapa individu yang dikesan menyebarkan Bible di tempat awam termasuk penganut Islam dan pelajar sekolah merupakan satu kesalahan dan perlu dibanteras. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata pemimpin di negara ini perlu memandang serius tentang perkara itu dan perlu tegas dalam menyatakan pendirian tentang kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. “Tiada […]

» Read more

Terima Kasih Pas Tak Letak Calon PRK DUN Rantau – Khairy

KUALA LUMPUR 21 Nov. – UMNO Bahagian Rembau berterima kasih kepada Pas kerana tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu dapat membantu supaya tidak berlaku perpecahan undi ekoran pertembungan tiga parti besar. Katanya, buat masa ini pihaknya sedang […]

» Read more

Janji Kerajaan PH Bercanggah Dengan Realiti, Keselamatan Rakyat Dan Negara Tidak Diberi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Janji-janji retorik Pakatan Harapan (PH) bercanggah dengan realiti, demikian bidas bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Sebaliknya, katanya, tumpuan terhadap isu keselamatan dalam PH, khususnya di Sabah, tidak diberikan perhatian dan keutamaan. “Jika perkara ini berterusan, ia sekaligus akan menjejaskan keupayaan pertahanan dan keselamatan negara, terutamanya melindungi keselamatan negeri Sabah,” […]

» Read more

Tidak Akan Ada Sebarang Unsur Tidak Diingini Pada Perhimpunan Ummah 8 Dis Ini – Zahid

KUALA SELANGOR, 18 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak akan ada sebarang perkara yang tidak diingini malah tidak akan menjurus ke arah sebarang rusuhan berhubung perhimpunan ummah pada 8 Disember nanti. Menurut beliau perhimpunan tersebut yang akan turut disokong oleh NGO-NGO serta persatuan lain dan rakyat Malaysia keseluruhannya hanyalah untuk memperjuangkan serta mempertahankan apa […]

» Read more

Tok Mat Ikrar Usaha Sehabis Mungkin Pertahan DUN Rantau

KUANTAN, 17 Nov – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berikrar akan berusaha sehabisnya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan. Mohamad yang menyandang kerusi itu sejak tahun 2004 menambah  ia termasuk jika perlu berdepan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang dikatakan antara nama yang dipertimbangkan Pakatan Harapan untuk bertanding pada pilihan raya […]

» Read more

Kerajaan PH Kelam-kabut

GUA MUSANG 17 Nov. – Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dilihat masih berada dalam keadaan kelam-kabut dan gagal melaksanakan janji yang dibuat walaupun sudah enam bulan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pemimpin PH masih belum menyesuaikan diri sebagai kerajaan yang memerintah dan mengambil masa terlalu lama bagi menentukan peranan masing-masing. Selain itu katanya, […]

» Read more

PRK Serta Merta Di DUN Rantau – Kemenangan Mohamad Hasan Tidak Sah, Terbatal

SEREMBAN, 16 Nov-  Mahkamah Khas Pilihan Raya pada Jumaat memutuskan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah tidak sah dan terbatal. Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu di sini pagi Jumaat selepas berpuas hati dengan hujah barisan peguam pempetisyen Dr S. Streram dan peguam responden, yang berlangsung selama […]

» Read more
1 285 286 287 288 289 312