Najib terkilan dasar pendidikan tahfiz negara tak dapat dilaksana

PASIR SALAK 31 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat terkilan kerana Dasar Pendidikan Tahfiz Negara tidak dapat dilaksanakan setelah Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan. Menurut Najib, beliau rasa seperti mahu menangis apabila dimaklumkan pusat tahfiz mungkin akan ditutup kerana tidak lagi berkemampuan. Beliau berkata, hari ini ramai anak-anak tahfiz yang mengemis dan mereka […]

» Read more

Terima kerjasama PAS-UMNO

PUTRAJAYA 26 Ogos – Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengumumkan penerimaan kerjasama politik penyatuan ummah di antara PAS dan UMNO. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama politik itu dijalankan di atas kerangka ta’awun siyasi. “PAS akan mewakili Gagasan Sejahtera sama juga seperti UMNO mewakili […]

» Read more

Kerajaan Perlu Bertegas Dengan Pihak Anti – Jawi

ALOR SETAR 26 Ogos – Kerajaan harus bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang membantah pengajaran Jawi di sekolah jenis kebangsaan yang semakin melampau. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, jika dibiarkan, dikhuatiri bantahan itu akan terus berlarutan sehingga di luar kawalan. Katanya, situasi itu dapat dilihat menerusi himpunan bantahan di Brickfields, Kuala Lumpur, […]

» Read more

Jelajah Piagam PAS-UMNO Di Perlis Suntik Semangat Penyokong

KANGAR 26 Ogos – Penyokong UMNO dan Pas yang amat mendambakan penyatuan ummah menjadi realiti, tidak melepaskan peluang menghadiri Himpunan Jelajah Piagam Pas-UMNO peringkat negeri ini di Dewan 2020 di sini, malam tadi. Perlis menjadi negeri pertama siri jelajah tersebut sebelum himpunan bagi menandatangani piagam muafakat di antara kedua-dua parti itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 […]

» Read more

Skuad SABIL: Platform Canai Nilai Sukarelawan Dan Semangat Perjuangan

BENTONG, 26 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggagaskan Skuad SABIL sebagai suatu platform untuk mencanai nilai kesukarelawanan dan semangat perjuangan, ujar Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Ini kerana katanya supaya setiap anak muda yang menyertai Skuad SABIL mempunyai idealisme, roh, akal dan jiwa UMNO yang setia serta berkhidmat untuk membela Islam, mempertahankan maruah bangsa dan memperkasa negara berasaskan […]

» Read more

PH Di Ambang Perpecahan

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat bersendirian dalam menghadapi konflik dan krisis dalaman Pakatan Harapan (PH). Lebih memburukkan lagi apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa menolak kepemimpinan beliau melalui perancangan strategi yang kini aktif dilaksanakan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi yang […]

» Read more

Rakyat Keluh-Kesah Dengan Kerajaan PH, Tidak Ada Dasar Baharu Meyakinkan – Fuad

MUAR, 25 Ogos – Ketua UMNO bahagian Bakri, Hj Fuad Tukirin berkata rakyat hari ini melahirkan keluh-kesah dengan kerajaan yang tidak mempunyai dasar jelas serta pendekatan terhadap dasar-dasar baharu untuk mereka. Menurut beliau kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibina selepas PRU lalu jelas bukan sahaja tidak menampakkan perkembangan yang terkini di dalam pelaksanaan dasar-dasar untuk rakyat dan sebagainya malah lebih […]

» Read more

Jangan Bertolak Ansur Dengan Pihak Ancam Keharmonian Negara

PONTIAN 24 Ogos – Keselamatan rakyat menjadi tanggungjawab kerajaan dengan memastikan tiada pihak cuba menimbulkan ketegangan antara kaum termasuk dalam kalangan pemimpin. Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan menegaskan tiada pihak terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya ucapan atau kenyataan yang dibangkitkan menimbukan keresahan orang ramai. Ttanpa merujuk kepada pihak-pihak tertentu, beliau berkata, sewajarnya semua pihak dapat memahami dan […]

» Read more

Patutnya Apa Yang Elok Untuk Rakyat Teruskanlah Tapi PH Semua Nak Batal

JASIN, 24 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Rambai, Datuk Hassan Abdul Rahman melahirkan kekecewan setelah pembangunan yang dirancang serta yang dilaksanakan sebelum ini di kawasan itu ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada satu ketika dahulu tidak diteruskan. Menurut beliau pihaknya berjuang bersungguh-sungguh untuk kemudahan dan kesenangan penduduk setempat namun sebaliknya berlaku hari ini seperti taraf daerah […]

» Read more

PH Dibidas Lagi, Tidak Hilang Prestij Guna Bahasa Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Kementerian Belia dan Sukan menukar nama program Hari Sukan Negara 2019 kepada Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19) tidak boleh diterima dan disifatkan sebagai tidak menghormati bahasa kebangsaan. Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof berkata, kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong kononnya pertukaran nama tersebut untuk meningkatkan prestij program […]

» Read more
1 256 257 258 259 260 312