PRK Chini: ‘PH Tidak Ada Harapan’ – Pemuda UMNO Pahang

KUANTAN, 6 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor  berkata tidak pelik seandainya Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini kerana mereka hanya sekadar mengambil peluang membangkitkan isu-isu yang sudah lapuk sepanjang kempen kelak. Katanya, setelah PH kalah di kelima-lima PRK sebelum ini mereka seumpama tiada haluan […]

» Read more

PENJANA: RM9 Bilion Untuk Tangani Masalah Pengangguran, Pengekalan Pekerjaan Rakyat – PM

PUTRAJAYA, 5 Jun – Sebanyak RM9 bilion akan diperuntuk kerajaan bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat dalam negara dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara, ekoran wabak COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dijangkakan peruntukan berkenaan, yang akan disalur melalui beberapa insiatif, akan dapat memanfaatkan seramai tiga juta tenaga kerja dalam negara. “Saya […]

» Read more

Kenapa Najib Perlu Buat Laporan Polis Jika Tiada Unsur Penyewelengan?

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pastinya sesuatu yang ironi apabila pasukan pendakwaan berterusan melontarkan persoalan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak membuat laporan polis mengenai penyewelengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Menurut peguambela bekas Perdana Menteri, Harvinderjit Singh ketika penggulungan akhir kes pembelaan hari ini, hakikatnya Najib tidak membuat laporan kerana pihak berwajib termasuk termasuk Jabatan Peguam […]

» Read more

Terima Kasih Annuar Musa… Penantian 35 Tahun Lesen Berniaga Berakhir

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Terima kasih Tan Sri Annuar Musa, penantian 35 tahun untuk mendapat lesen berniaga akhirnya berakhir. Setelah lima orang bertukar datuk bandar akhirnya impian Minah Awang untuk berniaga secara sah tercapai apabila menerima lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diserahkan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Annuar Musa mengambil keputusan untuk menyerahkan sendiri Lesen […]

» Read more

Pengundi DUN Chini Bijak Nilai Antara Kaca Dan Permata – Nizar Najib

KUANTAN, 3 Jun – Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini cukup bijak membuat penilaian antara kaca dan permata untuk memilih wakil rakyat mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan Jun depan Malah beliau cukup percaya pengundi di kawasan itu juga sudah pasti akan melihat kepada apa yang berlaku sebelum […]

» Read more

PKPB: Sedikit Sinar Penghujungnya Sudah Kelihatan, Khabar Gembira Dinanti

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan, sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini. Menuju kira-kira enam hari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadual berakhir, negara terus mencatatkan hanya satu digit kes COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut sekali […]

» Read more

Institusi Presiden: Janganlah Nanti Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran

1. Tersebar di media cadangan supaya Dato Seri Najib Razak (DSNR) dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini disandang oleh Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH) . (https://www.malaysiakini.com/news/528121) (https://www.sinarharian.com.my/article/85743/BERITA/Politik/Ada-gerakan-naikkan-kembali-Najib ) 2. Konvensyen/amalan BN sejak 1974 adalah di mana Presiden UMNO secara automatik akan menyandang Pengerusi BN. Konvensyen ini disahkan oleh Setiausaha BN, Tan Sri Annuar Musa. (https://www.sinarharian.com.my/article/85803/BERITA/Politik/Pengerusi-BN-adalah-Presiden-UMNO-Annuar) […]

» Read more

Baki Lebih 6,000 Taska Sudah Dibenarkan Beroperasi – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 Jun – Berita baik buat ibu bapa yang bekerja semula. Kerajaan kini membenarkan baki lebih 6,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) beroperasi kembali. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata taska yang ingin beroperasi boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Sebelum ini, pada peringkat awal, hanya 304 taska […]

» Read more

PKPB: Boleh Rentas Negeri Untuk Bernikah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 Jun – Berita baik buat pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan kerana kerajaan telah membenarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun majlis tersebut perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. “Ramai yang memohon kebenaran rentas negeri antaranya […]

» Read more

Arak Punca Tragedi Yang Tragis, Jangan Ada Lagi Jadi Mangsa – Rais Yasin

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Rais Yasin merasa sedih ekoran tragedi yang menimpa rakyat akibat pemandu mabuk. Katanya, hari demi hari, semakin pilu hati ini tatkala membaca berita tentang kematian rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas kemalangan gara-gara dilanggar pemandu mabuk. “Jumlah angka tragedi yang tragis semakin memuncak. Apakah mereka tidak takut dengan hukuman yang bakal […]

» Read more
1 225 226 227 228 229 312