Kes Bicara Ahmad Zahid: Saksi Sedekah Sumbangan Untuk Bina Masjid – Peguam

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Peguam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Hamidi Mohd Noh berkeyakinan bahawa keterangan-keterangan pihak pembelaan menyokong Ahmad Zahid dan ia adalah jauh lebih tinggi daripada keterangan-keterangan yang mengatakan bersalah. Katanya, pada hari ini pihak pendakwaan telah memanggil empat orang saksi yang melibatkan dua orang saksi dari EXIM Bank dan dua orang lagi dari saksi awam. […]

» Read more

Usul Pengosongan Speaker Dewan Rakyat Diluluskan: 111 Setuju, 109 Menolak Melalui Undi Belah Bahagian

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila usul pengosongan Speaker oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibawa ke Parlimen dan suasana berkenaan terus berpanjangan apabila masuk sesi perbahasan. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mengemudi Dewan Rakyat kemudiannya mententeramkan suhu dewan dan mengeluarkan arahan bahawa dua wakil daripada kerajaan dan pembangkang untuk […]

» Read more

Kerja-kerja Projek RTS Dijangka Bermula Nov – Hasni

ISKANDAR PUTERI, 12 Julai – Kerja-kerja pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dijangka dapat dimulakan pada November depan.  Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, ini berikutan semua perkara yang dikehendaki dalam perjanjian projek itu telah pun dapat dipenuhi kedua-dua pihak. “Saya dimaklumkan semua perkara yang dikehendaki dalam ketiga-tiga perjanjian telah pun dapat dipenuhi. Jadi […]

» Read more

Pendekatan Bersasar Langkah Wajar Tangani Isu Moratorium

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Kadar pengangguran yang tinggi turut mengundang masalah peningkatan pinjaman tidak berbayar (NPL), terutamanya ketika tempoh-tempoh berlakunya krisis. NPL merujuk keadaan apabila individu atau peminjam berkenaan secara berterusan dalam tempoh 3-6 bulan terbukti gagal melunaskan sebarang bayaran prinsipal atau faedah berjadual yang ditetapkan. Dalam keadaan semasa misalnya, bukan setakat NPL menjadi tumpuan malah risiko kerugian peruntukan pinjaman juga ketara serta berkemungkinan […]

» Read more

Kira-kira 30,000 Veteran ATM Tidak Berpencen Digesa Supaya Mendaftar Dengan JHEV

KOTA KINABALU, 11 Julai – Kementerian Pertahanan masih mencari dan mengenal pasti kira-kira 30,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dan masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta anggota veteran berkenaan supaya mendaftar dalam laman sesawang JHEV bagi membolehkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dapat disalurkan. […]

» Read more

Melaka Akan Baik Pulih Insfrastruktur Nelayan Secara Berperingkat

MELAKA, 11 Julai – Kerajaan negeri Melaka akan membaik pulih secara berperingkat infrastruktur dan kemudahan nelayan di negeri ini termasuk menyelesaikan isu hakisan pantai khususnya yang menjejaskan aktiviti perikanan di kawasan terlibat. Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata kerja membaik pulih itu akan dilaksanakan mengikut keutamaan atau keperluan semasa menerusi pemantauan yang dilakukan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan […]

» Read more

7 Kompleks Perpaduan Akan Dibina Di Sarawak – Halimah Sadique

KUCHING, 11 Julai – Kementerian Perpaduan Negara akan membina tujuh kompleks perpaduan di Sarawak, dengan setiap satu bernilai RM1 juta, sebagai pusat aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), kata Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique.  Beliau berkata tapak akan ditentukan oleh kerajaan negeri dan antara lokasi yang telah dipilih setakat ini ialah Satok dan Samariang. “Bagi KRT yang belum ada kompleks terbabit dan tiada bangunan tetap, kita […]

» Read more

Al Jazeera : 4 Individu Dipanggil Beri Keterangan – Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Empat individu termasuk petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak COVID-19. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata antara yang dipanggil ialah pengendali dan wartawan […]

» Read more

Individu Bersikap Patriotik Diambil Tindakan? Saifudin Jangan Terbawa-bawa Sikap Zaman PH – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan melihat sikap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang bersungguh-sungguh mahu mengambil tindakan terhadap pengacara Bernama TV Herleena Pahlavy. Ini kerana katanya, hanya disebabkan Herleena menggelarkan agensi berita antarabangsa Al Jazeera sebagai ‘Al Jahiliyyah’, atas dokumentari palsu dan memburukkan imej negara dalam […]

» Read more

Tidak Ada Perbarisan Hari Kebangsaan Setakat Ini – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 8 Julai – Tidak ada acara perbarisan atau perhimpunan dijadualkan berlangsung bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan setakat ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini disebabkan acara perbarisan Hari Kebangsaan adalah berskala besar dan melibatkan beribu peserta. “Dan yang kedua penjarakan sosial tidak ada sewaktu perbarisan. Bukan sahaja peserta perbarisan tetapi […]

» Read more
1 217 218 219 220 221 312