JKNM Nafi Kes COVID-19 Di Melaka Sentral

MELAKA, 25 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) hari ini menafikan maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp kononnya terdapat beberapa warga asing yang positif COVID-19 di perhentian bas Melaka Sentral di sini semalam. Pengarah Kesihatan negeri Dr Ismail Ali berkata sebenarnya penumpang terlibat merupakan satu keluarga warga tempatan yang pulang dari luar negara pada 23 Julai lepas melalui Pintu […]

» Read more

Masjid Razaleigh Dibuka Selepas PKPP Ditamatkan

GUA MUSANG, 24 Julai – Masjid Razaleigh yang menelan belanja RM32 juta akan dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir. Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau mengambil keputusan itu bagi mengelak berlakunya sebarang penularan COVID-19 berikutan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat yang semakin menurun ketika ini. “Ia sepatutnya dibuka pada Jumaat depan […]

» Read more

PH Gagal Bentang Laporan Kewangan TH2018/19… Kalau Telus, Tidak Perlu Takut – Azeez

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) berkata, kegagalan Pakatan Harapan (PH) membentang laporan kewangan TH bagi tahun 2018/19 secara tidak langsung membuktikan ada yang sesuatu yang tidak kena. Jelas beliau, sehingga hari ini laporan tersebut masih gagal dikemukakan dan kerana itulah beliau mendesak agar kerajaan […]

» Read more

Pasukan Petugas Beri Tumpuan Pada Hospital Lebih 50 Tahun

PUTRAJAYA, 22 Julai – Satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk menangani masalah hospital lama yang mempunyai risiko kebakaran dan tidak mempunyai sijil perakuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Pasukan petugas yang ditubuhkan dua minggu lepas itu dan telah mengadakan mesyuarat pertamanya baru-baru ini, akan memberi fokus […]

» Read more

Lantikan Pengerusi GLC Untuk Kepentingan Rakyat, Pembangkang Dibidas Tidak Tepati Janji

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar membidas pihak pembangkang yang seringkali melemparkan pelbagai tanggapan terhadap perlantikan pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di kalangan ahli politik yang disifatkannya sebagai tidak berasas. Malah beliau secara tegas mempertahankan tindakan berkenaan dan pada masa yang sama melihat tindakan yang diambil oleh kerajaan hari ini bertepatan dalam usaha […]

» Read more

Harga Tiket Penerbangan Dijangka Kembali Normal Menjelang November

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Harga tiket penerbangan dijangka akan kembali normal kepada harga purata pada tahun 2019 menjelang November ini, selepas syarikat penerbangan kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kapasiti sebenar, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, berdasarkan analisa yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik […]

» Read more

Pencapaian KKM Jadi Perhatian Masyarakat Antarabangsa

PUTRAJAYA, 21 Julai – Kejayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal penularan wabak COVID-19 sehingga peratus pesakit yang pulih kini menghampiri 98 peratus dan menjadi lima negara terbaik di dunia dalam mengawal wabak berkenaan, menjadi perhatian banyak pihak. Pernah mencatatkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan sebanyak empat angka pada satu masa, kini jumlahnya berada pada tahap sekitar 100. Pencapaian memberangsangkan KKM […]

» Read more

UMNO Sabah Terus Dapat Sokongan, Semakin Ramai Jadi Ahli… Termasuk Yang U-Turn – Musliati

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Muslimin berkata pendekatan UMNO Sabah sangat berbeza dengan parti Warisan yang sekaligus menarik minat pelbagai generasi untuk menyertai parti UMNO. Katanya, sebab itu ramai ahli Warisan ‘berhijrah’ kembali kepada UMNO yang jelas memperlihatkan kepada masyarakat umum bahawa parti ini yang boleh memperjuangkan nasib mereka. “Apa yang berlaku sebelum ini […]

» Read more

Selamat Kembali Utusan Malaysia, Momen Paling Membahagiakan – Mohamad

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan selamat kembali kepada akhbar Utusan Malaysia yang dianggap momen paling membahagiakan dan dengan kemunculan kali ini ianya membawa bersama ideal pencerahan yang sangat diperlukan oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Menurut beliau Yusuf Ishak dan Rahim Kajai mengasaskan Utusan Melayu untuk menjadi suara yang bebas serta berani […]

» Read more

Status Pelarian Tidak Diberi Sewenang-Wenangnya – KDN

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Keselamatan dan ketenteraman awam menjadi keutamaan kerajaan sebelum status atau kemudahan diberi kepada warganegara asing termasuk tahanan dan banduan yang ingin mendapatkan status pelarian daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata malah UNHCR juga […]

» Read more
1 215 216 217 218 219 312