Lantikan Pengerusi GLC Untuk Kepentingan Rakyat, Pembangkang Dibidas Tidak Tepati Janji

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar membidas pihak pembangkang yang seringkali melemparkan pelbagai tanggapan terhadap perlantikan pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di kalangan ahli politik yang disifatkannya sebagai tidak berasas.

Malah beliau secara tegas mempertahankan tindakan berkenaan dan pada masa yang sama melihat tindakan yang diambil oleh kerajaan hari ini bertepatan dalam usaha melicinkan lagi pelbagai proses dan pelaksanaan untuk membantu rakyat dan syarikat GLC itu sendiri.

“Tanggapan dan apa yang dilontarkan oleh pembangkang bahawa orang politik jadi pengerusi GLC seakan bagi umpan dan dalam parlimen seolah-oleh memperli kita. Saya nak beritahu. Perikatan Nasional (PN) tidak ada manifesto dan berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kalau kita tengok manifesto mereka disebutkan bahawa pelantikan GLC tidak boleh daripada kalangan orang politik. Apabila mereka memerintah dan menjadi kerajaan akhirnya kita lihat banyak GLC yang dipengerusikan oleh ahli-ahli politik.

“Lembaga Pertubuhan Peladang siapa pengerusinya… LKIM siapa pengerusinya sebagai contoh. Itu yang saya kata kerajaan yang banyak menipu… dahla janji tidak dituani… yang janji sebegitu mudah pun tidak boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Diskusi Dari Parlimen’ terbitan Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) yang disiarkan secara ‘Live’ menerusi UMNO-Online, malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Noh yang merupakan Pengerusi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berkata hakikatnya usaha dan langkah kerajaan itu memberi pelbagai kelebihan dan manfaat bukan sahaja kepada syarikat-syarikat GLC berkenaan malahan secara impaknya akan turut memberi faedah yang yang cukup besar kepada rakyat.

“Jadi kami apabila dilantik akan melihat ianya satu tindakan yang bijak oleh Perdana Menteri kerana kami orang politik seperti saya sebagai contoh… kalau ikut di kalangan pegawai… sepertimana saya masuk di dalam PUNB mereka memohon sesuatu… kena ingat sesuatu GLC ada di dalam akta ataupun peraturan kena dapatkan ‘endorsement’ daripada pihak kementerian ataupun daripada pihak menteri.

“Jadi kalau kita orang politik masuk… kalau lambat melalui pegawai kami orang politik boleh terus jumpa dengan menteri yang berkenaan. Saya pun beritahu kakitangan PUNB ‘you all’ buat dulu… kalau agak lambat jawapan daripada mana-mana kementerian kena beritahu saya. Saya orang politik dan boleh buat temujanji ‘direct’ jumpa dengan menteri malah dengan Perdana Menteri sekalipun dan kita ada ‘access’, kita boleh jumpa dan akan beritahu mengapa lambat sangat proses… kita nak laksana… kenapa lambat sangat ini… dan menteri akan penggil pegawai terlibat maka ini kelebihan.

“Keduanya kita menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Kalau bantuan-bantuan banyak biasanya daripada GLC tetapi sebelum ini kita pun tidak tahu apa GLC beri bantuan. Malahan saya masuk PUNB dimaklumkan ada duit wakaf, zakat dan sebagainya. Apabila kita tanya bagaimana laksana… mereka kata menerusi NGO.”

Oleh itu katanya, kalau orang politik duduk di dalam GLC proses-proses ini akan jadi lebih cepat.

“Ini kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat dan di parlimen kita boleh berbincang dan sebagainya dan akan memberi manfaat kepada mana-mana GLC,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.