Exco Sangkal Dakwaan Jumlah Positif COVID-19 Di Melaka Terlalu Ramai

MELAKA, 20 Okt – Kerajaan Melaka hari ini menyangkal dakwaan individu menerusi rakaman suara yang tular bahawa jumlah mereka yang positif COVID-19 di negeri itu terlalu ramai dan tidak seperti yang dilaporkan oleh media. Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata dakwaan itu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bertujuan menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat di Melaka. “Begitu […]

» Read more

Pejabat Ketua Menteri Melaka Nafi Melaka Dikenakan Kawalan Rentas Negeri

MELAKA, 20 Okt – Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan negeri itu akan dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah malam ini. Pejabat itu, dalam satu kenyataan menyatakan laporan berita yang tular di media sosial ketika ini, adalah palsu dan tidak benar sama sekali. “Ingin ditegaskan juga bahawa YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali Ketua Menteri Melaka tidak pernah […]

» Read more

COVID-19: Sabah Giat Agih Bantuan Makanan

KOTA KINABALU, 20 Okt – Kerajaan Negeri Sabah terus mempergiat usaha mengagihkan bekalan makanan kepada golongan sasar yang memerlukan dan terkesan akibat penularan COVID-19 agar mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan berkenaan. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Shahelmey Yahya berkata golongan sasar berkenaan adalah penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan yang diperintahkan menjalani kuarantin di […]

» Read more

Kukuhkan Solidariti, UMNO Dan Parti Sahabat Bakal Lebih Kuat

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Setiausaha Agung Bersama Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata dengan izin Allah UMNO dan parti-parti sahabat bakal muncul dengan lebih padu dan kuat selepas ini. Ciapnya di Twitter, semua pihak yang berada di dalam Muafakat Nasional berusaha tanpa putus ada untuk mengukuhkan solidariti. “Dengan izin Allah, UMNO dan parti-parti sahabat bakal muncul lebih padu […]

» Read more

RM2.6 Juta Untuk Proses Sanitasi Di Putrajaya

PUTRAJAYA, 19 Okt – Kerajaan memperuntukkan RM2.6 juta untuk operasi sanitasi awam di Putrajaya khusus untuk membendung penularan pandemik COVID-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Operasi sanitasi atau nyahkuman itu akan dilaksanakan di semua jabatan kerajaan, masjid, pusat beli-belah serta kawasan awam, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Operasi Sanitasi Awam di Presint 4 di sini, hari ini. […]

» Read more

Hormati Persefahaman, Jangan Cuba Khianati Persetujuan Yang Dimeterai Bersama – UMNO Perak

IPOH, 19 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri Perak hari ini dibentuk atas semangat setiakawan serta persefahaman bagi memastikan negeri tersebut terpelihara daripada ancaman ‘politik yang tidak sihat’. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri itu, tanpa semangat setiakawan kestabilan politik negeri akan terancam. “Bagaimanapun, nampaknya persefahaman serta perjanjian ketika pembentukan Kerajaan Negeri […]

» Read more

Syarat Baharu UMNO Untuk Tambah Baik Kerjasama Politik – Ahmad Maslan

PONTIAN, 16 Okt – Syarat baharu diusulkan UMNO bagi meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilakukan bagi tujuan penambahbaikan hubungan dan persefahaman politik dalam gabungan berkenaan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Menyifatkan pandangan yang menyatakan syarat baharu itu bersifat ugutan adalah pandangan individu, beliau menegaskan syarat itu hanya bagi menjelaskan pendirian UMNO. Ahmad berkata usul […]

» Read more

Tiada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Petang Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Tidak ada sebarang mesyuarat berkaitan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini. Demikian ditegaskan oleh Ibu Pejabat UMNO berikutan tular dakwaan sebuah portal bahawa MKT UMNO dijadual bermesyuarat petang ini. Portal berita tersebut memaklumkan mesyuarat dijangka membincangkan keputusan Biro Politik kelmarin yang memutuskan untuk mempertimbangkan menarik diri daripada PN sedangkan realitinya tidak ada sebarang mesyuarat […]

» Read more

Pertemuan Ahmad Zahid-Agong, Ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pertemuan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok, ditangguhkan. Ahmad Zahid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata pertemuan tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. “Ditangguhkan. Tarikh belum ditentukan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datoh melalui Telegram hari ini. Semalam Setiausaha […]

» Read more

Ahmad Zahid Dijadual Menghadap Agong Khamis Ini

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 5 petang Khamis ini. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi parti di Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini. “Datuk […]

» Read more
1 200 201 202 203 204 312