Tiada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Petang Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Tidak ada sebarang mesyuarat berkaitan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini.

Demikian ditegaskan oleh Ibu Pejabat UMNO berikutan tular dakwaan sebuah portal bahawa MKT UMNO dijadual bermesyuarat petang ini.

Portal berita tersebut memaklumkan mesyuarat dijangka membincangkan keputusan Biro Politik kelmarin yang memutuskan untuk mempertimbangkan menarik diri daripada PN sedangkan realitinya tidak ada sebarang mesyuarat membabitkan MKT pada petang ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga menafikan tentang menyuarat MKT petang ini menerusi ciapannya di Twitter beliau.

“Saya di Pontian setelah selesai kuarantin dan negatif COVID-19. Pemberita tanya tentang mensyuarat MKT. Tidak ada mesyuarat itu sama ada bersemuka atau ‘online’ hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut memaklumkan telah mengadakan lawatan ke Sekolah Agama Lebai Mohd Yakob di kawasan terbabit dan sebelumnya menunaikan solat Zuhor di Masjid Ayer Baloi. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.