Paip Dari Kemaman Atasi Masalah Air Di Kawasan Perindustrian Gebeng

KUANTAN, 11 Dis – Masalah kekurangan bekalan air terawat di Gebeng di sini, dijangka selesai dengan pembinaan paip sepanjang 29 kilometer (km) dari Kemaman, Terengganu ke kawasan perindustrian itu, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata pelaksanaan Projek Pembinaan Paip Agihan Air Kemaman-Gebeng menggunakan peruntukan sebanyak RM115 juta dijangka mengambil masa selama 18 bulan selepas […]

» Read more

Orang Ramai Dinasihat Patuhi SOP Elak Kluster Baharu – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Berikutan semakin banyak kluster terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan atau semasa berada di tempat awam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebooknya, hari ini berkata ia termasuklah perhimpunan besar-besaran yang melibatkan […]

» Read more

BN, PAS, Bersatu Capai Kata Sepakat Cadang Saarani MB Perak Baharu

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Atas semangat permuafakatan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), PAS dan Bersatu bersetuju untuk mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Demikian kenyataan bersama antara Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Agung PAS […]

» Read more

Seperti Biasa… Dap Buat Fitnah, Kemudian Minta Maaf Bila Tindakan Undang-undang Diambil

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Sudah menjadi kebiasaan bagi parti Dap yang sering membuat kenyataan berunsur fitnah dan kemudiannya mengemukakan permintaan maaf serta menarik kembali kenyataan setelah tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Terkini, isu fitnah dari Pengerusi Kebangsaan Dap, Tan Kok Wai yang menuduh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang disiarkan di portal Malaysiakini pada 18 Nov lalu […]

» Read more

Kemelut MB Perak Bukan Isu Nasional – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Kemelut politik Perak melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah masalah setempat dan bukannya isu nasional, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa. Malah, beliau menyifatkan keadaan yang menyaksikan Ahmad Faizal hilang sokongan sebagai menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu, langsung tidak dibincangkan secara formal sama ada […]

» Read more

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Bagi JPM Lulus Peringkat Jawatankuasa

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi undi belah bahagian. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju, manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir. Undi belah bahagian itu diadakan selepas lebih 15 Ahli […]

» Read more

Catat Negeri Tertinggi Kes COVID-19, Tapi Bajet Selangor Tiada Fokus Isu Rakyat Terkesan – Armand

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah merasa kecewa dengan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari hanya ‘cut and paste’ dari belanjawan yang terdahulu. Bidas Ketua UMNO Bahagian Subang itu, bajet tersebut juga jelas menunjukkan tidak mengambil berat kesusahan yang dihadapi rakyat dalam menghadapi COVID-19. “Bajet […]

» Read more

Anggota Pentadbiran Kerajaan BN Setuju Terus Sokong Kerajaan, Sepakat Perkukuh Parti

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Anggota pentadbiran kerajaan daripada parti Barisan Nasional (BN) telah bersetuju agar kerajaan yang telah dibentuk secara muafakat ketika ini terus didokong termasuklah dengan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan kesihatan rakyat. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 20 anggota pentadbiran BN hari […]

» Read more

Fitnah Tidak Boleh Bawa Kepada Kejayaan – Annuar

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak percaya fitnah boleh membawa kepada kejayaaan seperti pegangan segelintir pihak. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian mengenai poster palsu yang mendakwa beliau telah ‘berhijrah’ menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). “Seronok juga tengok poster palsu yang dibuat pihak tertentu (yang saya […]

» Read more

Lebih 100 CCTV Pantau Pendatang Haram Berniaga Di Pasar Borong KL

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pendatang haram yang menjalankan perniagaan di Pasar Borong Kuala Lumpur menerusi pemasangan lebih 100 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata CCTV dilengkapi ciri Kecerdasan Buatan dengan teknologi pengecaman wajah itu akan membolehkan kerja pemantauan […]

» Read more
1 65 66 67 68 69 88