Catat Negeri Tertinggi Kes COVID-19, Tapi Bajet Selangor Tiada Fokus Isu Rakyat Terkesan – Armand

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah merasa kecewa dengan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari hanya ‘cut and paste’ dari belanjawan yang terdahulu.

Bidas Ketua UMNO Bahagian Subang itu, bajet tersebut juga jelas menunjukkan tidak mengambil berat kesusahan yang dihadapi rakyat dalam menghadapi COVID-19.

“Bajet Negeri Selangor adalah bajet ‘cut and paste’ tahun lepas dan menunjukkan Menteri Besar Selangor tidak ada keprihatinan terhadap rakyat Selangor dalam menghadapi pandemik COVID -19. Ia kena faham Selangor itu salah satu negeri yang tertinggi COVID-19 dalam negara kita dan Bajet Negeri Selangor tidak menyentuh langsung kebajikan khususnya dalam COVID-19.

“Bagi saya kerajaan negeri Selangor gagal mencipta belanjawan untuk kesejahteraan negeri Selangor. Ini menunjukkan Menteri Besar Selangor tidak layak menjadi Menteri Besar, sebaliknya Menteri Besar kembali ke negeri asalnya di negeri Johor. Biarlah negeri Selangor ini ditadbir oleh orang-orang yang duduk di negeri Selangor,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam segmen Bicara Belanjawan 2021 bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar yang disiarkan secara langsung melalui Facebook UMNO Online, malam tadi.

Armand seterusnya berkata, ini cukup jauh berbeza dengan Wilayah Persekutuan apabila Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa telah memberikan banyak kelonggaran kepada peniaga khususnya orang muda yang mula berniaga ataupun yang sudah lama berniaga.

“Tindakan Menteri Wilayah adalah tindakan yang bijak dan boleh diambil oleh semua negeri sebab dalam keadaan memerlukan bantuan dan cara meneruskan kehidupan. Mereka diberikan ruang dan peluang untuk memulakan perniagaan. Hari kini kita lihat orang muda banyak berniaga secara ‘online’ untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Saya konsisten… saya meletakkan keutamaan untuk melahirkan usahawan-usahawan Bumiputra melalui sosial media untuk pastikan mereka menjadi usahawan lebih mudah. Mereka memerlukan ‘injection fund’ dan memerlukan dana ‘one off’ untuk menjalankan perniagaan mereka,” ujarnya.

Kata Armand lagi, di masa pandemik COVID -19 ini ramai di kalangan anak muda diberhentikan kerja dan mula membuat perniagaan dalam talian dari rumah di mana pendapatan mereka berlipat kali ganda daripada mereka berkerja dengan sesebuah syarikat.

“Kalau ‘business order’ mereka kena fikir ‘industry revolution’ dan memberikan ruang dan peluang yang berbeza dalam keadaan kita diuji sekarang ini dan dijalankan secara ‘online’.

“Kita sebagai kerajaan harus memberikan penerangan kepada peniaga-peniaga untuk ‘moving forward’ bagaimana menggunakan teknologi maklumat untuk mencari penyelesaian tentang masalah mereka.

“Maknanya…ia ada ruang dalam perniagaan hari ini walaupun diuji dengan pandemik COVID-19, dalam landskap ekonomi tidak stabil, cari ruang dan peluang untuk keluar dari masalah kita,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.