Majikan Wajib Maklum Tempat Tinggal Pekerja Asing Bagi Kelulusan Perintah Pembangunan

KOTA BHARU, 7 Feb – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mewajibkan setiap majikan untuk memaklumkan tempat tinggal pekerja asing yang bakal diambil bekerja dalam mendapatkan kelulusan perintah pembangunan. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ini bagi memastikan mereka tidak lagi tinggal di rumah kongsi yang sesak selaras dengan usaha kerajaan membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing di Wilayah Persekutuan. […]

» Read more

Program Beras Percuma Perlu Diperluas, Tempat Lain Juga Perlukan Bantuan – Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar program pemberian beras percuma yang dilaksana di Wilayah Persekutuan di bawah program MyBeras@Wilayah diperluaskan ke negeri lain supaya bersifat menyeluruh. Terdahulu beliau yang juga Pengerusi Barisan Naional (BN) mengucapkan tahniah kepada warga Wilayah Persekutuan yang kurang berkemampuan kerana bakal menerima sekampit beras secara percuma setiap […]

» Read more

Rakyat Diharap Terus Istiqamah Dan Berdisiplin Patuhi SOP – Agong

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam keadaan negara kritikal menghadapi pandemik COVID-19. Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah juga menasihati rakyat supaya terus bertenang, tabah dan […]

» Read more

Sultan Selangor Mahu Bangunan Bersejarah Berkaitan Selangor Di Kuala Lumpur Dipulihara

SHAH ALAM, 31 Jan – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu usaha memulihara dan memelihara bangunan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan negeri itu, khususnya di Kuala Lumpur, diperhebat. Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin bimbang jika bangunan dan monumen tersebut tidak dipulihara secepat mungkin serta terbiar, tinggalan sejarah itu akan […]

» Read more

KL ‘Hijau’ Imbang Hutan Konkrit

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Lebih banyak kawasan rekreasi dan taman awam sekitar ibu negara akan diwujudkan dalam usaha ‘menghijaukan’ bandar raya konkrit ini yang kini didiami seramai 1.9 juta penduduk. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata ini antara aspirasi utama pihaknya dalam menjamin kualiti hidup lebih baik dan selesa buat warga kota, selain pembangunan seimbang dengan kelestarian […]

» Read more

COVID-19: Ekonomi Atau Kebajikan Rakyat Penting? – Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Jan – UMNO menggesa kerajaan untuk membuat pilihan sama ada mahu menjaga kebajikan rakyat atau menjaga ekonomi negara. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah yang tepat perlu dilakukan kerajaan memandangkan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan. “Jangan sampai dek kerana mahukan ekonomi kekal berjalan, rakyat yang terkesan. Malah, lebih buruk jika kita tersilap langkah, […]

» Read more

Sistem E-Tanah Dilaksana Di Perak Bermula 11 Feb Ini

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Sistem e-Tanah, iaitu aplikasi bersepadu yang dibangunkan untuk menjalankan urusan pentadbiran tanah secara elektronik, akan dilaksanakan di Perak bermula 11 Feb ini selepas kejayaan pelaksanaan projek pertama di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kuala Lumpur pada 2017. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pelaksanaan sistem itu adalah bertepatan dengan keperluan […]

» Read more

Seluruh Negara Di Bawah PKP Kecuali Sarawak – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Jan ini hingga 4 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif COVID-19 […]

» Read more

PERMAI Masih Kurang Aspirasi Bantu Rakyat, Tidak Bersifat ‘Contingency’ – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Semalam, kerajaan telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19. Dalam hal ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran kerana pengumuman yang dibuat selepas enam hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. tidak terlalu […]

» Read more

PKP: Dobi Layan Diri Dibenar Operasi Dengan Syarat Patuh SOP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kedai dobi layan diri dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata pengusaha premis dobi layan diri perlu memastikan pelanggan mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) langkah pencegahan COVID-19. “Kedai dobi layan […]

» Read more
1 63 64 65 66 67 88