PKP Di Kuala Lumpur, Beberapa Kawasan Di Terengganu, Johor Dan Perak Mulai Jumaat

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata PKP di Kuala Lumpur dikuatkuasakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan […]

» Read more

Peningkatan Kes, Penggunaan Kapasiti Kesihatan Di Lembah Klang Membimbangkan

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati peningkatan kes dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri dan Wilayah Persekutuan di Lembah Klang mutakhir ini adalah amat membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sekiranya trend peningkatan kes COVID-19 itu berterusan, kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak […]

» Read more

Bazar Ramadan Ditutup, Kerajaan Wajar Beri Bantuan Kepada Peniaga – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa simpati mendengar sebanyak 22 bazar Ramadan di enam negeri dan satu di Wilayah Persekutuan diarah tutup. Katanya, beliau tidak pasti berapa jumlah peniaga bakal terjejas, namun sudah pasti ramai dengan jumlah bazar Ramadan sebanyak itu. “Tapi apakan daya ini demi keselamatan orang ramai dan juga […]

» Read more

COVID-19: Ledakan Kes Harian Baharu, Kes Aktif Hampir 30 Ribu

KUALA LUMPUR, 30 April – Bermula dengan hanya tiga kes positif COVID-19 pada 25 Januari 2020, Malaysia kini merekod kes kumulatif sebanyak 404,925 kes setakat 29 April 2021 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan menghampiri 30 ribu. Dengan sejumlah 378 kluster masih aktif dan 83 daripadanya mencetuskan kes baharu, mungkin sukar untuk mengharapkan pandemik koronavirus maut ini dapat dibendung dalam masa […]

» Read more

Penganjur Diingat Baiki Aspek Kelonggaran Pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 28 April – Penganjur Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini digesa memperbaiki segera kelonggaran aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata beliau juga mahu penganjur yang mengendalikan bazar itu terdiri daripada jawatankuasa penduduk dan persatuan […]

» Read more

Warga Emas Diberi Vaksin Sinovac Mulai Minggu Depan

PUTRAJAYA, 12 April – Vaksin Sinovac keluaran China akan diberikan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 19 April ini, kata menteri penyelaras program berkenaan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ia diputuskan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setelah mengambil kira data terkini serta perkembangan amalan penggunaan di negara […]

» Read more

Bangkit 15 Terus Perkasakan Jentera Parti Pelbagai Peringkat

MELAKA, 10 April – Beberapa negeri telah selesai mengadakan pogram Bangkit 15 yang mana merupakan persediaan jentera UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau, Bangkit 15 ini sudah bermula sejak daripada 12 Mac lagi dan bermula di dua negeri iaitu Kedah dan Perlis seterusnya di ikuti oleh […]

» Read more

Sindir Menteri, FDI Jatuh Menjunam Sebab COVID-19…

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Malaysia sudah ketinggalan dalam daya saing ekonomi berbanding negara jiran, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, selaku penyokong dalam usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020. Katanya sejak Barisan Nasional (BN) tidak mentadbir kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan penurunan saban tahun. “Pasa 2017 masa […]

» Read more

Segera Desak Kerajaan Hentikan Darurat, Bentang RMK-12 – Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kerajaan didesak untuk menghentikan proklamasi darurat dengan serta merta, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, selaku penyokong dalam usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020. Beliau berkata, pengumuman daripada kerajaan mengenai pengisytiharan darurat ini memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. “Apa yang perlu kita buat […]

» Read more
1 61 62 63 64 65 88