Sindir Menteri, FDI Jatuh Menjunam Sebab COVID-19…

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Malaysia sudah ketinggalan dalam daya saing ekonomi berbanding negara jiran, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, selaku penyokong dalam usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Katanya sejak Barisan Nasional (BN) tidak mentadbir kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan penurunan saban tahun.

“Pasa 2017 masa itu kita kerajaan Malaysia punya FDI USD13.5 bilion pada ketika itu Indonesia USD 4.5 bilion.

“Kemudian 2018 kita jatuh kepada USD8.3 bilion, dia dah start jatuh lepas itu masuk 2020 tinggal USD2.5 bilon daripada 13.5 bilion pada 2017.

“Kita kalah pada 2018 dah tinggal USD2.5 bilion. Apa berlaku kepada Indonesia? Pada 2017, USD4.5 bilion tapi pada 2020 mereka mencatatkan FDI sebanyak USD18 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam PAU 2020 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Tambah Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa itu lagi alasan menteri yang bertanggungjawab juga tidak masuk akal apabila memberikan alasan penurunan FDI adalah disebabkan COVID-19.

“Satu menteri cakap pasal COVID-19, Indonesia tak kena COVID-19 agaknya. Oh sedap je jawab, kita jatuh sebab COVID-19.

“Jiran sebelah kita lagi teruk kena COVID dia punya FDI naik sampai USD18 bilion,” sindir beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.