Akses Kepada Kemudahan Internet Hak Asasi Manusia – Annuar

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Tan Sri Annuar Musa yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini menekankan bahawa akses kepada kemudahan Internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh. Beliau berkata akses Internet merupakan satu perkara keutamaan yang akan beliau beri perhatian ketika menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia […]

» Read more

Menteri, Timbalan Menteri Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Seramai 30 menteri dan 37 timbalan menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah […]

» Read more

Annuar Komited Rangka Hala Tuju KKMM Yang Lebih Proaktif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Tan Sri Annuar Musa yang dilantik menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) komited untuk merangka hala tuju kementerian agar lebih proaktif dan menyumbang kepada kemakmuran negara bagi memastikan Keluarga Malaysia memperoleh manfaat. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata KKMM mempunyai peranan sangat penting, lebih-lebih lagi ketika negara sedang berhadapan pelbagai cabaran seperti pandemik COVID-19 dan […]

» Read more

Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri 2021

PUTRAJAYA, 27 Ogos – Berikut adalah senarai menteri dan timbalan menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini hari ini. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri Kanan: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri: Senator Datuk Lim Ban Hong Kementerian Pertahanan Menteri Kanan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul […]

» Read more

Labuan Beralih Ke Fasa Empat PPN – PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Labuan menjadi wilayah pertama di negara ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Nergara (PPN) berkuat kuasa Khamis ini selepas mencapai 92.4 peratus imuniti kelompok bagi populasi dewasa. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan itu berpandukan kadar vaksinasi lengkap dua dos di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Perkara ini disokong oleh […]

» Read more

Ismail Sabri Angkat Sumpah Perdana Menteri Kesembilan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini, […]

» Read more

Terserlah Bakat Muda Sertai Pertandingan Pidato Online PUMAS – Shahril

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata pertandingan Pidato Online PUMAS ternyata menyerlahkan bakat-bakat baharu terutama penglibatan anak-anak muda. Katanya dalam satu hantaran di Facebook, penglibatan anak-anak muda bersama peserta yang lebih senior juga meraikan kaedah pidato secara normal baharu itu. “Ummi Khalilah dan Hasliana Safian. 19 dan 20 tahun. Antara peserta-peserta muda yang mewarnai […]

» Read more

Kuala Lumpur Capai Imuniti Kelompok – Annuar

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya mencapai imuniti kelompok (herd immunity) hari ini apabila vaksinasi COVID-19 kepada penduduk dewasa mencecah 85 peratus, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. “Alhamdulillah, hari ini Kuala Lumpur berjaya mencapai 85 peratus vaksinasi kepada penduduk dewasa. Doakan keadaan Wilayah kita bertambah baik,” katanya dalam hantaran di akaun Twitternya hari […]

» Read more

Jawatankuasa Pemulihan WP Ditubuh, Bincang Strategi Pasca PKP – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Wilayah Persekutuan, bagi membincangkan strategi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas Wilayah Persekutuan mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok, bulan ini. “Kita harap mulai September ini, kita akan dapat satu hala tuju bagaimana kita dapat rejuvenate untuk membangun dan merancakkan semula semua […]

» Read more
1 59 60 61 62 63 88