Terserlah Bakat Muda Sertai Pertandingan Pidato Online PUMAS – Shahril

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata pertandingan Pidato Online PUMAS ternyata menyerlahkan bakat-bakat baharu terutama penglibatan anak-anak muda.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, penglibatan anak-anak muda bersama peserta yang lebih senior juga meraikan kaedah pidato secara normal baharu itu.

“Ummi Khalilah dan Hasliana Safian. 19 dan 20 tahun. Antara peserta-peserta muda yang mewarnai pertandingan Pidato Online PUMAS termasuk dua Puteri ini, dari bahagian Kemaman. Mereka baru sahaja selesai menyampaikan pidato dengan cukup meyakinkan.

“Antara perkara ‘bonus’ yang amat mengujakan dalam pengalaman kami menganjurkan pertandingan ini. Iaitu setelah sesi lima negeri, terserlah betapa ramai bakat muda UMNO yang bersama generasi lebih senior, masing-masing meraikan kaedah pidato normal baharu ini,” kata Shahril yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lagi.

Shahril juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak Penerangan negeri dan bahagian yang menunjukkan komitmen yang tinggi menganjurkan pertandingan tersebut.

Antara negeri-negeri yang telah mengadakan pertandingan Pidato Online PUMAS adalah Perak, Kedah, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Terengganu.

Pertandingan yang terbuka kepada seluruh ahli UMNO ini menggunakan kaedah GoogleMeet atau Webex yang bermula sejak 8 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Wakil-wakil terbaik akan dibawa ke pertandingan peringkat kebangsaan kelak setelah selesai semua negeri.

Hadiah pertama di peringkat negeri adalah wang tunai sebanyak RM1,000.00 diikuti tempat kedua RM700.00 dan ketiga RM400.00 manakala di peringkat pusat pula hadiah pertama wang tunai sebanyak RM5,000.00 dan sijil penyertaan, kedua wang tunai RM3,000.00 dan sijil penyertaan dan ketiga wang tunai RM1,000.00 dan sijil penyertaan.

Borang dan segala syarat penyertaan boleh diperolehi di laman web umno-online.my. (klik di sini). – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.