Ahmad Zahid Seru Rakyat Enam Negeri Tunai Tanggungjawab, Bentuk Kerajaan Atas Semangat Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kebersamaan yang kini wujud di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan telah menunjukkan keberhasilan maka lebih manis sekiranya seluruh kerajaan negeri ditubuhkan atas semangat Malaysia Madani, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menyeru para pengundi di negeri yang […]

» Read more

Tolak Sentimen Kebencian, Rai Dan Pilih Calon Perpaduan – SUA

KUALA PILAH, 11 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru pengundi di enam buah negeri Pilihan Raya Negeri (PRN) bijak dalam memilih calon yang memberi manfaat bagi masa hadapan mereka. Jelas beliau, pengundi juga diharapkan untuk tidak termakan dengan sentimen dicipta segelintir pihak yang membawa politik kebencian. “Jangan sesekali kita memilih berasaskan sentimen, andaian, persepsi yang […]

» Read more

Gelombang Aura Pilih BN-PH Akan Berlaku dalam PRN Ini – Mohd Rafi

HULU LANGAT, 11 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mampu mempertahankan Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pada masa sama, aura gelombang sokongan kepada gabungan BN-PH juga dirasai yang mahu perubahan kepimpinan di Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, […]

» Read more

Pilih Parti Ada Pengalaman, Cemerlang Tadbir Negeri – Ahmad Maslan

PORT DICKSON, 11 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengajak rakyat khususnya anak muda menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, buat pilihan bijak dengan mengundi Barisan Nasional (BN) yang terbukti telah banyak berjasa kepada pembangunan negara. “Untuk anak muda jangan fikir parti lain, fikirlah BN yang banyak berjasa pada […]

» Read more

Undilah Kerajaan Perpaduan Demi Teruskan Kestabilan dan Kemakmuran – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru rakyat khususnya para pengundi di enam negeri terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu untuk mengundi calon-calon yang bakal menegakkan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri. Ini penting katanya agar kestabilan dan kemakmuran sebagaimana yang dilaksanakan di peringkat […]

» Read more

Tenang Untuk Mengundi… Fikirkan Apa Yang Boleh Perbaiki Mutu Kehidupan – Hasnal Rezua Merican

RAWANG, 11 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican mengajak rakyat khususnya para pengundi untuk tidak emosi sebaliknya tenang dalam memikirkan siapa sebenarnya yang layak untuk menjadi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Selayang menegaskan bahawa sewajarnya setiap keputusan perlu dipertimbang dengan memikirkan apakah […]

» Read more

Belia ‘Generasi Penentu’ Bentuk K’jaan Negeri Sealiran Dengan Persekutuan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata golongan belia yang beliau digelar ‘generasi penentu’, berperanan besar menentukan kejayaan membentuk kerajaan negeri yang sealiran dengan Kerajaan Perpaduan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Beliau berkata sokongan golongan belia termasuk generasi kedua FELCRA Berhad terhadap Kerajaan Perpaduan, akan membantu kerajaan Persekutuan merealisasikan aspirasi memajukan […]

» Read more

Jentera Perlu Terus Bekerja, Pastikan Tekad Rakyat Tetap Bersama Kerajaan Perpaduan – Bung Moktar

GOMBAK, 11 Ogos – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa anggota jentera dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) agar terus bekerja hingga ke saat terakhir dan memastikan tekad rakyat terus memilih Kerajaan Perpaduan. Katanya, walaupun momentum sokongan rakyat sekarang ini berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) namun jentera tidak boleh berpuas hati sehinggalah selesai pengundian […]

» Read more

Tolak ‘Sedekah Politik’, Ahmad Zahid Minta PDRM, SPRM, SPR Pantau PRN

GOMBAK, 10 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memantau aktiviti semua jentera politik semasa hari pengundian bagi menegakkan demokrasi dalam negara. Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, sama ada kalah atau menang perlulah dilaksana secara […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin BN Selangor Mampu Menang Kesemua 12 Kerusi Ditandingi

TELOK PANGLIMA GARANG, 10 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu, mampu memenangi kesemua 12 kerusi yang ditandingi di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini dilihat, berdasarkan sokongan yang diterima oleh gabungan parti Kerajaan Perpaduan yang kian kukuh. “Dari segi sokongan […]

» Read more
1 69 70 71 72 73 133