ATM Dirikan Hospital Medan Di Lima Negeri Terjejas Teruk COVID-19 – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mendirikan Hospital Medan di lima negeri yang dikenal pasti berdepan penularan jangkitan harian COVID-19 yang tinggi ketika ini. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lima negeri berkenaan ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Beliau berkata usaha bagi mengurus dan meredakan situasi di kesemua negeri berkenaan […]

» Read more

COVID-19: 20,988 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Kekal Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini meningkat kepada 20,988 berbanding 18,762 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,786,004 kes. Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,073 kes, diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor […]

» Read more

COVID: 20,897 Kes Baharu Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Kes harian COVID-19 dalam negara meningkat semula ke paras 20,000 hari ini apabila sebanyak 20,897 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Semalam, kes harian menurun kepada 19,268 kes selepas merekodkan kes harian melebihi 20,000 kes selama enam hari sejak 24 Ogos dengan kes […]

» Read more

Labuan Beralih Ke Fasa Empat PPN – PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Labuan menjadi wilayah pertama di negara ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Nergara (PPN) berkuat kuasa Khamis ini selepas mencapai 92.4 peratus imuniti kelompok bagi populasi dewasa. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan itu berpandukan kadar vaksinasi lengkap dua dos di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Perkara ini disokong oleh […]

» Read more

Pertimbang Semula Pembukaan Sekolah – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata keputusan Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sekolah pada 1 September akan datang harus dipertimbangkan semula. Katanya, terlalu banyak bilangan kes COVID-19 dalam negara dan berada pada tahap yang tertinggi pernah direkodkan. Jelasnya, negeri seperti Selangor terus merekodkan jumlah kes yang sangat tinggi, melebihi 6,000 kes sehari secara […]

» Read more

Kes Baharu COVID-19 Menurun Kepada 18,688 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kes baharu positif COVID-19 hari ini menurun kepada 18,688 kes berbanding 19,257 kes semalam.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,262,540. Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 6,565 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,883 kes, Kedah […]

» Read more

PEMENANG Gesa Kerajaan Bincang Dengan NGO Islam Mengenai Isu TH

PULAU PINANG, 22 Julai – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) hari ini menggesa Kementerian Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwan Agama menganjurkan perbincangan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO-NGO) yang berteraskan Islam dan Melayu mengenai cadangan meletakan Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). Presiden PEMENANG Tan Sri Mohd Yussuf Latiff berkata, menerusi perbincangan […]

» Read more

COVID-19: 14.6 Peratus Populasi Lengkap Dua Dos Suntikan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Seramai 4,769,909 individu iaitu 14.6 peratus populasi rakyat di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 hingga 11.59 malam tadi. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata seramai 10,301,905 individu telah menerima dos pertama, yang menyaksikan jumlah pemberian vaksin itu di seluruh negara kini mencecah 15,071,814 dos suntikan. “Jumlah ini termasuk suntikan […]

» Read more

COVID: 13,215 Kes Baharu Hari Ini, Angka Tertinggi Setakat Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kes harian COVID-19 di Malaysia terus meningkat dengan sejumlah 13,215 kes dilaporkan hari ini, angka harian tertinggi dicatat sejak pandemik itu melanda negara. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan mendadak itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 880,782. Selangor masih menjadi negeri paling tinggi mencatatkan jangkitan iaitu dengan 6,120 kes, […]

» Read more

COVID: 11,079 Kes Baharu, Tertinggi Pernah Dicatatkan

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kes baharu harian COVID-19 mencatatkan 11,079 kes, yang tertinggi dicatatkan sejak Malaysia dilanda wabak itu. Sebelum ini, catatan tertinggi kes baharu harian COVID-19 yang direkodkan adalah 9,353 kes pada 10 Julai lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes […]

» Read more
1 100 101 102 103 104 133