PKP Di Kuala Lumpur, Beberapa Kawasan Di Terengganu, Johor Dan Perak Mulai Jumaat

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata PKP di Kuala Lumpur dikuatkuasakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan […]

» Read more

Pemuda UMNO Bantu Pelajar Matrikulasi Dikompaun RM1,500

KUALA LUMPUR, 20 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan kompaun RM1,500 yang dikenakan kepada pelajar-pelajar Pusat Matrikulasi di Perak bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, kata Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Simpati dengan nasib yang menimpa para pelajar berkenaan, beliau meminta Pasukan Khas Sekretariat Peguam Muda bagi memberikan bantuan khidmat guaman percuma. “Sudahlah mereka dikuarantin lima bulan, hanya berada […]

» Read more

Berbeza Ideologi Politik, Exco Perak Profesional Jaga Amanah Rakyat – Saarani

IPOH, 5 April – Barisan Exco kerajaan negeri Perak bersikap profesional dalam melaksanakan amanah yang diberikan rakyat, kata Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkata, walaupun mempunyai pegangan ideologi politik yang berbeza namun ianya tidak membataskan usaha mereka dalam menjaga kebajikan rakyat di negeri ini. “Kerajaan sedia ada yang mana dalam […]

» Read more

Perak Belum Muktamad Keputusan Jual Air Mentah Kepada Pulau Pinang

PARIT, 1 April – Kerajaan negeri masih belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai penjualan air mentah kepada Pulau Pinang. Sebaliknya Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya sedang memberi keutamaan penyaluran sumber berkenaan ke kawasan domestik, terutama di daerah Kerian terlebih dahulu. “Pada peringkat ini, kita sedang mengkaji sama ada air Sungai Perak mencukupi atau tidak untuk kegunaan domestik. […]

» Read more

Bimbang DAP Berkuasa, UMNO Sanggup Bekerjasama Dengan Parti ‘Pelompat’ – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Tujuan UMNO untuk menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana bimbang sekiranya Dap kembali berkuasa, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan , Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Jelas beliau, kredit juga patut diberikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bersungguh-sungguh mengarahkan ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyokong kerajaan yang ada pada hari […]

» Read more

UMNO Tak Jumud Bekerjasama Dengan Parti Lain, MN Bukti Kesatuan – Saarani

KUALA LUMPUR, 28 Mac – UMNO tidak jumud untuk menutup pintu kerjasama dengan sesiapa pun, tegas Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, selaku pencadang dalam usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020. Jelas beliau, UMNO juga tidak rakus dengan pengaruh dan kekuasaan walaupun berpengalaman merasai nikmat berada di persada kuasa. “Semuanya membawa ibrah yang mematang dan mendewasakan. […]

» Read more

Teks Ucapan Dasar Presiden UMNO Di Perhimpunan Agung UMNO 2020

UCAPAN DASAR PRESIDEN YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2020 28 MAC 2021 DEWAN MERDEKA PWTC KUALA LUMPUR Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Timbalan Presiden UMNO Naib-Naib Presiden UMNO Presiden MCA Presiden MIC Presiden PBRS Presiden PAS Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Ketua Wanita UMNO […]

» Read more

Dekatilah Wanita Muda, Yakinkan UMNO Wadah Terbaik… Bukti Telah Ada – Rohaida

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pergerakan Puteri UMNO memainkan peranan penting untuk memberi penjelasan kepada generasi wanita muda bahawa perjuangan parti ini adalah yang terbaik. Jurucakap Usul dari Perak, Rohaida Mohammad Yaakub berkata, Puteri UMNO perlu meyakinkan golongan muda bahawa wadah yang terbaik untuk menjaga dan memastikan kebajikan wanita muda terbela adalah UMNO yang telah jelas mempunyai agenda pembangunan dan […]

» Read more

Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO Perhimpunan Agung UMNO 2020

UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DATO’ DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI PADA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2020 27 MAC 2021 *********************** Maksudnya: “Dan pada sisi Allahlah pemilik kunci kepada semua perkara ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia-lah yang mengetahui apa sahaja yang berlaku di daratan dan di lautan, sehinggakan tiada sehelai daun pun […]

» Read more
1 53 54 55 56 57 218